Follow Us @soratemplates

Tuesday, September 20, 2011

Weight management: Risiko kegemukan dan obesiti

''Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, 43.1 peratus penduduk negara ini mengalami masalah kegemukan dan 16 peratus daripada mereka adalah obes.''

''Peningkatan dua kali ganda berbanding 10 tahun lalu ini membimbangkan pakar perubatan kerana ia mendekatkan ramai orang dengan pelbagai penyakit gaya hidup kronik seperti diabetis, sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan masalah mental.''

Rasa gerun bila tgk statistik pasal kegemukan ni..bukan gemuk yang kita takutkan tapi penyakit2 yang disebabkan kegemukan/obesiti ni yang kita takutkan..Memang tak dinafikan ramai diantara kita ni tak mahu gemuk sbb nak nmpk cantik tapi bagi Adaa sendiri, rasanya kesihatan lebih utama..kalo cantik tapi sakit, buat apa kan..

Sebab tu kesedaran tentang pentingnya mengamalkan cara hidup sihat ni perlu sangat2 kita warwar kan..peringatan ni bukan shj utk anda tp utk yang sedang menulis ni haaa Tambahan pula jika keluarga kita mmg dah ada history mudah gemuk/obes..baik mula jaga dari sekarang..huhu Pengumpulan lemak dalam badan ni bukan shj buat kita nmpk x menarik tapi yang paling utama, lemak2 nilah yang membuatkan kita sgt berisiko untuk sakit.. Jom tgk sikit ape risikonye dan penyakit ape yang Adaa maksudkan ye


Lemak adalah sumber tenaga terakhir yang digunakan badan, justeru kita perlu bersenam untuk menggunakan tenaga ini. Lemak paling degil dan susah dikurangkan ialah di pinggang atau dipanggil lemak viseral.

Lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.

a. Mati awal (disebabkan penyakit)

# Diabetes

# Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.

# Strok.

# Gangren.

# Tekanan darah tinggi.

# Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).

# Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

# Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.


b. Menjalani kehidupan yang menyakitkan

# Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.

# Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.

# Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).

# Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.

# Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.

# Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.

c. Kesan psikologi

# Resah dan gelisah.

# Tertekan dan murung.


Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti. Antaranya ialah:

a. Penurunan kadar kematian

# Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan.

# Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis.

# Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti.

b. Tekanan darah tinggi — tekanan sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10 peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg.

c. Diabetis

# Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan).

# Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis.

d. Kolesterol

# Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan.

# Penurunan 15 peratus kolesterol LDL.

# Penurunan 30 peratus trigliserid.

# Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.
-----------------------------------------------------------------------------------------------


Sebab tulah, penting untuk kita jaga kesihatan badan kita..Ingat ye, tubuh kita ni pinjaman dari Pencipta..esok2 nak kene pulang baik..takkan nak bagi yang rosak ye tak? Kalau kita bagi pinjam kat orang kereta kita, tau2 je dia pulangkan kereta yang dah rosak..nak ke kita terima? Mestilah takmau kan..Sama jugalah keadaannya..selagi berpeluang menjaga diri dengan  baik, jagalah..hargai jasad pinjaman Pencipta ni..

Bila dah tau risiko obesiti dan kegemukan ni, Adaa pun rasa nak jaga lah diri, dulu sikit pon tak pernah kisah tentang kesihatan tubuh badan..bila sekali dah sakit..barulah tergadah mencari punca..sebaiknya masa sihat ni startlah hargai diri kan..kalau mampu makan makanan berkhasiat setiap hari, silalah..bagi yang x sempat, disinilah pentingnya supplement..tak kisahlah jenama apa, asalkan sesuai dengan diri masing2..Adaa dah pilih Shaklee..kalo nak join sekali, jomlah..if not, nasihat Adaa just jaga pemakanan ok? 
Pilihan Saya: Fiber

Pilihan Saya: Lecithin

Bagi yang nak menurunkan berat badan, Adaa boleh suggest a few ways depends on ur budget dan kesuaian..nak tahu more? klik here

Untuk dapatkan produk yang sesuai dengan harga yang terendah beserta promosi hebat, boleh hubungi Adaa.. cepat2! 017-9329859 or adaanoor@ymail.com

Sayangi diri anda :)

No comments:

Post a Comment