credit
"Pakar Kosmetik berpendapat, kulit perlu dirangsang selalu bagi melicinkan perjalanan darah selain bermanfaat sebagai amalan awet muda pada kulit wajah. Rangsangan pada kulit muka boleh dilakukan dengan beberapa cara termasuklah menggunakan pupur yg disapukan lembut pada wajah.
Pupur (mask) penting kerana ia bertujuan untuk menyegar, memperbaiki dan menegangkan kulit wajah. Bahkan ia turut membantu melancarkan peredaran darah, merangsang kembali aktiviti kulit, menyingkirkan sel-sel kulit mati dan menjadi agen pembersih yang paling berkesan. Utk membuat pupur/masker, anda tak perlu ke spa.. Boleh gunakan bahan2 semulajadi misalnya buah2,sayur.. (bebas dari kimia2 tiruan dan tinggi khasiat...hehe).. Cubalah try.. Ni saya senaraikan yer jenis2 pupur yg glamor... (sumber Majalah Rapi 2011)
1- Pupur " Timun " untuk kulit Sensitif
Timun diakui mampu menyejukkan kulit yg sedang merengsa. Parutkan timun dan tekapkan ke wajah kerana ia mampu menyejuk dan melegakan kulit wajah yang sudah letih akibat perubahan cuaca, alahan, keadaan sekeliling yang kotor dan juga terik mentari. Perlu anda tahu, timun dan kulit mempunyai kadar hidrogen yg sama.. Cara: kisar/parut dua biji timun sehingga halus.gaul dengan minyak zaitun dan susu segar sehingga sebati. sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit.bilas dengan air suam
2- Pupur " Tomato " untuk atasi kulit Berminyak
Oleh sebab kulit berminyak mudah mendapat jerawat & bintik hitam, asid yang terkandung dalam buah tomato dipercayai berkesan menghapuskan bintik2 hitam & sebarang masalah lain yg terjadi pada kulit wajah. Pupur tomato mampu menghalus, melicin dan menaikkan seri wajah. Dengan kandungan asid folik, asid panthotenik, biotin, vitamin K dan vitamin E, ia diakui berkesan sebagai perawat kecantikan semulajadi.
3- Pupur " Badam " untuk Haluskan kulit
Khasiat Vitamin E, magnesium, protein, potasium, kalsium & zat besi yang ada pada badam sangat bagus untuk tujuan menghaluskan kulit wajah. Minyak yang ada pada kacang ini mampu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit wajah. Bahkan minyak inilah yang menjadikan lapisan epidermis kulit lebih tegang & anjal.
4- Pupur " Betik " untuk Lembutkan kulit
Amalan memakai pupur betik secara konsisten diyakini mampu menjadikan kulit wajah lebih halus dan mulus. Selain itu, getah betik yg disapukan kewajah juga berkesan untuk membuang sel-sel kulit mati dan seterusnya menegangkan kulit yg kendur. Pupur ini juga sesuai jika kulit anda ditumbuhi jerawat & masalah panau. Betik yang mengandungi khasiat Vitamin C, asid folat, beta karoten dan kalium mampu merawat banyak masalah kulit.
____________________
Moral of the story: Walaupun setiap hari, dah mkn vitamin2 & minum ESP (protin), saya tetap kena pastikan pengambilan air putih adalah 8 gelas sehari
No comments:
Post a Comment