Follow Us @soratemplates

Saturday, September 24, 2011

INFO: Say NO ye utk bagi air pd bayi bawah 6 bulan

Smalam Adaa terbaca tentang bagi air pada bayi sebelum usia 6 bulan..Lazimnye, mak2 kita dulu selalu je suruh bagi kalo baby sedu ke, kene kuning ke or even cuaca panas..atau pon nmpk mcm x cukup susu top up ngan air suam..even Adaa sendiri pon dulu buat pada Adam..huhu bile baca info di blog Tuty thanx to her, sedih lak rasa..mujur Adam membesar sehat je hehe tak sangka pemberian air pada bayi bwh 6 bulan boleh menghakis usus bayi berkenaan.Hukhuk


Ini antara kesan2 lain akibat pemberian air pada bayi bawah 6 bulan:


Sumber dari :
  1. Buku "Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya" oleh Kumpulan Sokongan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur
  2. Yoursupermom 
MERENCATKAN

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*

PENCEMARAN

Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*


MENGHAKIS

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby's stomach. That's why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING

Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali. Ubat jaundis ada DUA shj --> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*  
Bagi bakal2 ibu harap take note ye..sama2 kita share, sharing is caring :)



No comments:

Post a Comment