NEW BLOG

BLOG INI TERLAH BERPINDAH KE www.adaa-inspiration.com

Monday, April 30, 2012

25 FAQ Dunia Penyusuan Susu Ibu~PART 2

Ha..hari ni nak sambung lagi FAQ. Hari tuh baru 12 kot..ini yang selebihnya, moga bermanfaat ye ..penat tau taip satu2 ni hehe


Q. Bagaimana saya boleh mengatasi masalah letih/pucat selepas bersalin
A. Galakkan ibu supaya meringankan kerja-kerja rumah. Jangan berlebihan melakukannya. Cuba dapatkan bantuan daripada kawan-kawan dan saudara mara pada minggu pertama dan seterusnya. Ibu akan mudah berasa letih. Ia mengambil masa beberapa minggu untuk pulih seperti asal. Lebih baik berehat secukupnya pada waktu siang. Pada peringkat awal, tugas menjaga bayi tanpa mengira siang atau malam adalah agak berat bagi ibu. Minggu terawal berada dirumah adalah waktu yang amat penting untuk ibu dan bayi. Inilah masanya ibu dan bayi membentuk hubungan kasih sayang yang kukuh antara satu sama lain. Ingat! Soal bayi lebih penting. Perkara lain boleh diketepikan untuk sementara waktu. Pada waktu ini, ibu mungkin terasa tidak berminat hendak keluar rumah. Ibu memang digalakkan menyendiri di rumah. Jika ibu berasa 
 berminat hendak keluar rumah, dia boleh keluar bersama bayi tanpa perlu bersusah payah membawa botol dan susu formula. Sesetengah ibu bimbang sekiranya susu akan berkurang diperingkat awal. Ini kerana dia kurang mengalami bengkak susu dan susu kelihatan cair. Anggapan ini tidak benar. Ibu harus ingat bahawa jika dia menyusu setiap kali bayi memintanya, susunya akan sentiasa berada dalam keadaan mencukupi untuk bayi.

Q. Bagaimana memastikan bayi mendapat cukup susu?
A. Jika ibu menyusu bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan  kerap, ibu pasti akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti ialah:
*Bayi membuang air sebanyak 7 hingga 8 kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu formula)
*Berat badan bayi bertambah. Berap mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan.
*Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar denga kerap. manakala ada yang tidak membuang air besar selama seminggu.
*Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.


Q. Apakah cara yang harus saya ikuti untuk menentukan kejayaan menyusu bayi?
A. Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu akan tahu bahwa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:
*Pola hisapan bayi akan berubah kepada''hisap dan telan-hisap dan telan''. Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini PASTI AKAN SENTIASA berlaku setiap kali bayi menghisap.
*Payudara akan menjadi suam panas dan seperti penuh.Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini JARANG berlaku setiap kali penyusuan.

Q.Bagaimana jika susu tidak cukup?
A. Kadangkala, ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. Sebenarnya anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahkannya dengan cara:
*Menyusu dengan lebih kerap.Lebih banyak bayi menghisap pada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU
*Bertenang ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan lebih baik. Ibu boleh makan makanan ringan,minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senama pernafasan ketika bayi mula menyusu. umpukan perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang.
*Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu, Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengah hari.
*Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau yang tidak berkhasiat.


Q. Kenapa susu saya kelihatan cair?
A. Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin  tidak menerima susu yang kaya dan berkrim di hujung penyusuan. Susu ini dipanggil ''susu akhir'' atau ''hind milk''. Cara terbaik untuk membetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu ibu iaitu ''susu pertama'', ''susu pertengahan'', dan ''susu akhir''. ''Susu pertama'' atau ''fore milk'' yang bewarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga. ''Susu pertengahan'' mengandungi khasiat protein. Manakala ''susu akhir'' kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi perlukan ''susu akhir'' untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya. Pastikan ibu mengingati yang dia perlu menyusu dengan sebelah lagii apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.

Q. Susu saya mengalir dengan pantas, menyebabkan bayi saya sering tersedak, bagaimana saya mengatasi masalah ini?
A.Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara dibawah:
*Hentikan penyusuan selama satu minit. Kemudian, masukkan semual puting ke dalam mulut bayi apabila aliran susu semakin perlahan. Untuk menarik keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh memasukkan jari bersih dihujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas itu.
*Menyusu pada kedudukan berbaring dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap susu naik ke atas. Ini bermakna, bayi menghisap kearah bertentangan dengan graviti. Oleh itu pengaliransusu naik ke atas menjadi agak lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah.
* Ibu mungkin menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau di waktu permulaan penyusuan sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir dengan pantas. Apabila tiba diakhir penyusuan, ibu boleh bertukar kepada menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan dengan sempurna.
*Menyusu pada kedudukan baring akan mengurangkan pengaliran susu. Jadi pastikan ibu sentiasa memeriksa keadaan bayinya. Jika bayi tidak perlu menyusu dalam kedudukan ini lebih baik menyusu cara duduk.

Q. Saya dapati susu meleleh dan membasahi baju, apa yang harus saya lakukan?
A. Pada peringkat awal, ibu mengalami masalah susu sering meleleh keluar dari payudara diwaktu-waktu antara penyusuan. Masalah ini akan berkurangan apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan otot-otot disekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu diwaktu-waktu berkenaan.
*Cuci payudara menggunakan air suam atau sejuk dan cuci lelehan itu agar ia tidak mengotorkan baju atau baju dalam. Penting  untuk menukar pelapik baju dalam denga kerap agar puting tidak sakit atau berada dalam keadaan lembab. Jangan gunakan pelapik plastik. Selain pelapik, baju dalam, ibu digalakkan menggunakan saputangan tetapi tidak di galakkan menggunakan tisu.
*Ketika menyusu, alaskan dengan lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya. Seelok-eloknya jangan pakai baju dalam agar susu boleh mengalir bebas.


Q. Apa yang dikatakan ''keliru puting'' yang menyebabkan bayi enggan menyusu?
A. Punca utama kenapa bayi enggan menyusu ialah bayi terlebih dahulu diberi susu botol sewaktu di hospital. Bayi menajdi keliru denagn kelainan puting ibu dan tidak mahu menghisap dengan betul dipayudara ibu. Dia sukar hendak belajar memasukkan puting kedalam mulutnya. Dalam kedudukan menghisap yang baik, puting dan areola akan meregang keluar bagi membentuk seolah-olah satu puting panjang di dalam mulut bayi. Lidah bayi akan menekan areola keatas sehingga terkena lelangit mulutnya. Cara ini akan menyebabkan susu mengalir keluar. Dalam kedudukan menghisap yang tidak baik, puting tidak berada cukup jauh ke dalam mulut bayi. Bayi hanya menghisap hujung puting sama seperti kaedah menghisap puting botol. Dengan cara ini, susu tidak akan keluar. Malah akan menyebabkan puting ibu terasa sakit. Kekeliruan terhadap puting terjadi apabila bayi diberi sekali atau dua kali penyusuan menggunakan botol. Jika ibu mencampurkan susu ibu dan susu botol, bayi mungkin mempunyai kecenderungan untuk memilih susu botol dan menolak susu ibu.

Q. Bagaimana jika bayi mengalami sakit tumbuh gigi dan enggan menyusu?
A. Jika bayi mendapat sakit mulut dan enggan menyusu, jangan paksa dia menyusu. Tunggu sehingga dia bersedia untuk menyusu. Dalam masa itu, perah sus untuk menjamin kelancaran pengalirannya. Kemudian, cuba letakkan bayi ke payudara. Dengan cara ini, bayi akan merasai pengaliran susu masuk ke mulutnya dengan cepat. Malah selepas beberapa minit menghisap, bayi sudah dapat merasai sedikit susu masuk ke mulut. Cadangkan ke ibu agar:
*Bawa bayi berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan mulut, kerongkong, dan telinga. Keengganannya mungkin disebabkan dia sakit. Dapatkan ubat yang boleh melegakan gusinya yang sakit.
*Jika bayi masih tidak mahu menyusu, perah susu dan berikan susu itu menggunakan sudu, cawan atau penitis ubat. Selepas beberapa hari,bayi akan kembali menyusu dipayudara
*Cuba menyusu diwaktu bayi sedang tidur atau mengantuk. Pada waktu ini, bayi tidak begitu sedar dan akan menghisap dengan baik.
*Cuba menyusu didalam bilik yang sunyi dan jauh dari gangguan> Cuba menyanyi dan mendodoikan bayi.
*Apabila bayi kembali menyusu dipayudara, ibu perlu menyusu denga kerap selama beberapa hari bagi menambah semual pengaliran susu yang terbantut ketika bayi enggan menyusu sebelum ini.

Q. Saya dapati susu saya berkurangan selepas mengambil pil perancang, apa patut saya buat?
A. Pil perancang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Kadang kala bayi enggan menyusu kerana perubahan rasa pada susu ibu yang disebabkan oleh perubahan hormon setelah memakan pil. Jika ibu memberitahu anda yang dia memakan pil dan bayi mula cerewet setiap kali waktu menyusu atau tidak mahu menyusu sama sekali, anda perlu merujuk ibu berkenaan kepada doktor atau klinik perancang keluarga agai ubu boleh mendapatkan kaedah perancang yang lain. Kadangkala, bayi enggan menyusu selepas berusia enam minggu. Ini mungkin berkaitan dengan pemeriksaan doktor seepas ibu tamat tempoh berpantang dan pengambilan pil selepas pemeriksaan itu.

Q. Bolehkah saya menyusu jika puting saya rata?
A. Bayi masih boleh menyusu walaupun puting ibu rata atau tenggelam. Puting yang rata boleh dikeluarkan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk atau menggunakan pam payudara sebelum penyusuan. Selepas ia ditarik keluar, puting akan cepat-cepat dimasukkan ke dalam mulut bayi. Puting akan berada dalam keadaan lebih baik tidak lama selepas bayi mula menghisap. Lama kelamaan, hisapan bayi akan menyebabkan puting yang rata atau tenggelam menjadi timbul. Dalam soal ini ibu boleh berjumpa dengan Kaunselor PPPLM.

Q. Bagaimana jika saya membawa bayi keluar dan saya harus menysu?
A. Bayi yang menyusu susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya bayi akan dibawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu di mana sahaja. Biasanya, pusat membeli belah ada menyediakan bilik yang sesuai untuk para ibu menyusu anak. Jika ibu terpaksa keluar tanpa membawa bayi bersamanya, ibu perlu memerah susunya dan diberikan kepada bayi menggunakan sudu atau cawan.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru, 53100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4107 3678/ Faks: 03-4107 2862
Email: ppplm@susuibu.org/ Website: www.susuibu.org
*sumber dari PPPLM

Sharing is caring~~

Friday, April 27, 2012

25 FAQ Dunia Penyusuan Susu Ibu~PART 1

hari hujan ni saje lah kan berblogwalking, surfing2 dan Adaa ade jumpa sesuatu yang best untuk dikongsi bersama..Adaa tahu as a mom especially new mom or mom-to-be memang bnyk persoalan yang sering bermain tentang penyusuan ni..especially penyusuan susu ibu lah..so kali ni, adaa nk share lah sedikit soalan2 lazim tentang penyusuan susu ibu ni. Mana lah tau kot2 soalan yang selama ni ade difikiran kita leh terjawab melalui blog ku ini..so sile2 baca..dan disebabkan bnyk sgt soalan lazim ni, adaa bahagikan kepada 2 part (ecece mcm lord of the ring pulak nak ber 'part2' nih hehe)


Q. Betulkah menyusu bayi akan menjejaskan bentuk payudara?
A. Semasa hamil, ibu digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan payudara. Gunakan baju dalam yang boleh menyokong payudara dengan baik supaya mengikuti perubahan pada payudara semasa hamil. Menyusu anak tidak menyebabkan payudara menjadi kendur. Bagaimanapun, kurang penjagaan semasa hamil menyebabkan payudara menjadi kendur.

Q. Apakah persediaan yang perlu dibuat semasa hamil?
A. Memakai baju dalam yang boleh dibuka dari depan (nursing bra) boleh membantu ibu menyusu dengan selesa dan mudah.
#Elakkan menggunakan sabun untuk membersih puting payudara. Penggunaan sabun akan mengakibatkan kekeringan dikawasan puting dan areola.
#Ibu perlu membersihkan puting setiap kali selepas mandi. Menggosok dan mengurut puting secara perlahan boleh diamalkan sebagai persedian untuk menyusu ketika bersalin kelak.
#Buat pemeriksaan samada puting rata atau tenggelam.
#Banyak bersenam seperti berjalan-jalan.
#Banyak makan makanan seimbang.

Q.Bilakah saya harus mula menyusu bayi selepas bersalin?
A. Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jika ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja lahir adalah satu pengalaman yang cukup berharga. Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat hendak menyusu sebaik saja lahir. Jangan bimbang jika bayi mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin, selepas itu, baru dia berkeinginan hendak menyusu. Hisapan bayi pada payudara merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini menolong menyembuhkan sakit selepas bersalin.

Ehsan Wikipedia

Q. Apakah dia kolostrum?
A. Kolostrum dikeluarkan oleh payudara ketika bulan-bulan terakhir kehamilan. Ia kaya dengan protein dan antibodi yang dapat memberikan perlindungan kepada bayi dari segi jangkitan penyakit. Pada peringkat awal, bayi hanya memerlukan kolostrum sahaja.

Q. Bagaimana cara meletakkan bayi pada payudara?
A. Pegang bayi dengan selesa, rapatkan pada payudara dan mengadap badan ibu. Dadanya perlu mengadap dada ibu dan dagunya perlu berada diatas payudara. Picit puting agar keluar beberapa titisan kolostrum pada puting itu  bagi membolehkan bayi merasa atau menghidunya. Ampu payudara dengan sebelah tangan dan sentuh bibir bayi dengan lembut menggunakan puting. Dengan cara ini, bayi akan membuka mulutnya. Beberapa minit kemudian, mulutnya akan terbuka dengan lebih luas. Selepas itu masukkan puting secara perlahan-lahan kedalam mulutnya. Masukkan sebahagian besar areola kedalam mulutnya.
#Pastikan bayi boleh bernafas ketika menyusu dan lidahnya berada dibawah puting ibu.
#Pastikan penyusuan tidak menyebabkan rasa sakit. Jika terasa sakit, mungkin ada langkah yang tidak betul.


Q. Apakah yang disebut 'Demand Feeding' atau 'permintaan menyusu'
A. Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusu sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakan ibu berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan. Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah salah satu cara yang paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut 'permintaan menyusu' (demand) tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan. Meletakkan bayi dekat dengan ibu didalam bilik yang sama akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal.

Q.Kenapa menyusu awal itu penting?
A. Hisapan di peringkat awal sangat penting kerana:
1. Dapat merangsang pengeluaran susu
2. Dapat melindungi bayi dari jangkitan

Ketika bayi menyusu di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang bewarna kekuningan. Kolostrum ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian, mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan. Apabila berinteraksi dengan para ibu, anda perlu menekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena cirit-birit atau penyakit lain. Sebab kedua kenapa penyusuan awal sangat penting ialah kerana ia merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudiannya.

Q. Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air sementara menunggu terbitnya susu ibu?
A. Penting untuk memastikan bahawa bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu. Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapa hari sehingga susu ibu keluar sepenuhnya dalam kuantiti yang lebih banyak.

Q. Kenapakah bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?
A. Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu menjadi letih melayan permintaannya. Pada waktu ini, peranan dan sokongan anda dan ahli keluarga sangat-sangat diperlukan. Anda perlu meyakinkan si ibu bahawa dia perlu meluangkan banyak masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga, atau empat hari pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari. Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak penyusuan terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.


Q. Berapa lamakah saya harus menyusu pada sebelah payu dara?
A. Paling baik ialah memberikan penyusuan yang singkat tetapi kerap kerana cara ini dapat membuatkan susu keluar dengan lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan hisapan bayi.

*Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. bayi akan menentukan dengan sendiri bila masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga susu di payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasil di hujung setiap penyusuan. Susu yang keluar di ''akhir'' setiap penyusuan digelar ''hind milk''. Susu ''akhir'' ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Beritahu para ibu supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda samada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar ataupun tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga atau aktif mencari payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di saat-saat awal kelahirannya, seseorang bayi memerlukan penyusuan kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.

Q. Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?
A. Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyusuan. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi untuk menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat 6 atau 7 penyusuan sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangkamasa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu ketika proses bersalin.



Q. Apakah dia rooming-in?
A. Galakan ibu agar berada dalam bilik yang sama dengan bayi bagi membolehkan ibu menyusu atau membelai bayinya. Penyusuan pada waktu malam amat penting bagi bayi dan ibu. Ibu mendapat faedah dari segi rangsangan pengeluaran susu yang berkesan. Jika bayi diberi susu sebaik sahaja dia terjaga, bayi itu tidak akan mengganggu  ibu-ibu lain hendak tidur. Secara alternatif, jika bayi berada di dalam pusat penjagaan bayi di hospital, ibu boleh meminta agar bayi dibawa kepadanya sebaik sahaja bayi terjaga.


Q.Bilakah susu mula dihasilkan?
A. Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan. Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat dan berkrim. Secara perlahan-lahan iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan lebih cair, kebiruan dan berkeadaan seperti air. Ini rupa susu ibu yang sebenar.
*Sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu.
*Sesetengah bayi akan kehilangan berat badan dalam tempoh beberapa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula menghasilkan susu.

to be continued~~




Wednesday, April 25, 2012

Tips: Anak anda overweight? Jangan biarkan anak anda obes!

Hari ni nak share tentang obesiti dikalangan kanak-kanak..Adaa slalu tgk program THE BIGGEST LOSER or EXTREME MAKE OVER: WEIGHT LOST EDITION yang menonjolkan kisah orang2 dewasa yang sangat obes and their journey to lost weight in order to be healthy and live longer. Apa yang kita tak perasan, sebenarnya diorang ni bukannya obes bila dah dewasa, kebanyakannya bermula dari kecil..tabiat pemakanan yang tak seimbang, lack of exercise  merupakan penyumbang terbesar obesiti. 




credit


''Statistik menunjukkan 5.4% kanak2 Malaysia Obes (range umur 7-9 thn) manakala 6.4% dlm lingkungan usia 4-6tahun.''


Anak Adaa sendiri Adam, dari lahir memang cubby, well smp skang pon pipi mcm diternak2 gitu hehe..He's overweight and at the border menjadi obes. Tak tahu lah kenapa sbb dari kecik mmg dah bambam kan..bila bwk jumpe doc, doc kata 'ha, u punya weight dah takda dalam graf tau, jgn mkn bnyk sgt ya' hehe dah terkeluar graf rupenye. Orang lain punye weight ada jugak turun naik nya sejak dari lahir smp besar, but Adam x menurun pon, increase je..at 2++ yrs old berat dah 20kg..but now he's getting slimmer, Alhamdulillah..maybe sbb dah semakin aktif, susu pon dah kurang, makan pon sama.

So, jaga2 ye ibu2..make sure anak2 sihat n tak obes. Apa yang boleh kita lakukan untuk elak anak obes?


Tip mudah untuk mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak
  • Elakkan mengambil minuman berkarbonat, sebaliknya minum jus buah yang segar ataupun susu
  • Galakkan kanak-kanak makan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja
  • Jangan menggalakkan kanak mengamalkan diet; makan makanan yang berkhasiat berserta bersenam adalah cara yang lebih selamat untuk mengurangkan berat badan
  • Galakkan kanak-kanak bergerak cergas sepanjang hari dan elakkan aktiviti bermalasan dengan menonton TV dan bermain video game
  • Perkenalkan istilah makanan baik (makanan berkhasiat) dan makanan jahat (makanan yang tidak sihat) seperti gula-gula, air berkarbonat, burger, pelbagai makanan segera dan junk food.
Masa Adam warded di Prince Court hari tu (kene cellulities and taknak makan ubat, IV je lah jwbnye) Chinese Peads Doc yang merawat Adam keep on saying betapa besarnya Adam, n berat dah terkeluar graf hehe so he's giving me one tip yang Adaa rasa sangat bagus dan berkesan.
  

Setiap pagi, daripada kerap bagi anak mkn nasik goreng ke, bihun goreng ke roti canai ke, or tak breakfast langsung, it's better to give ur kid sebiji scramble egg (without oil ye) seasons with black paper n salt, with a glass of milk. if nk bg slice of bread pon ok. Memula adaa dengar, boleh ke ni..Adam ni setakat bnyk tuh mesti tak cukup, but adaa try je dulu. N guess what, it worked! Tahan lah smp kul 12 or 1. Kalo tak kul 11 dah mintak nasik. Protein mmg bagus to keep us full longer. :)


Pemakanan seimbang ni bukan untuk anak obes shj ye, anak yang underwight pon sama. Adaa tau bukan senang nak bagi anak mkn sayur, Adam pon x semua sayur dia mkn, setakat taugeh, kucai, cendawan, kubis tu dia mkn lah. Jadi apa yg boleh kita lakukan untuk pastikan anak cukup vitamin, zat mineral? Boleh cuba supplement..bnyk dipasaran dan jika ingin mencuba Shaklee, boleh juga. Ramai yang teruja dan berpuas hati selepas anak2 mereka mengambil Mealshake dan Omega. Gud for health and IQ!


Remember, obesity ni sekarang makin susah dikawal maklumlah fast food restaurant merata-rata. Jadi mulakan berikan yg terbaik buat anak2 ok? Bukan utk elak overwight shj tapi utk kesihatan menyeluruh anak2 anda. 

I'm a Shaklee Independent Distributor

Teras Jernang Bangi
HP No. =017-9329859
Email = adaanoor@ymail.com
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::



Monday, April 23, 2012

Testimoni Fresh Laundry Concentrated: ''Wangi, jimat, kotoran hilang, baju tak turun warna,suitable for sensitive skin, totally recommended!!''

Hari Sabtu lepas saje lah nak test guna sabun baru hehe excited nih lepas dah khatam baca instruction and labels, apa lagi, mula lah operasi membasuh tudung2 ku...


Mula-mula ambil sesudu kecik je (takyah menggunung pon) buh dalam baldi, pastu tambah air..start dah bau aroma2 indah tuu..lepas tuh letak lah tudung awning tuh dalam 5 helai..gosok sikit jadilah sbb bukan kotor sgt smp nk kene sental kan..Dah bawak keluar sehelai demi sehelai, sekali tengok..uihhhh kelam gelap gelita airnya..waduh..kotor rupanya tudung2 ku..Yang paling Adaa suka, bau nya super fresh! very light and fresh..nyaman je ..


lepas tuh bilasan terakhir letak pulak fabric softener nya kan..lagi lah wangi..mmg best. Lepas dah kering pon still wangi tau! Satu lagi, kalau macam sabun biasa jenuh jugak membasuh tangan nak bagi hilang licin sabun tu kan. Yang ni kejap je, very easy. Maklum le kekadang tgh duk membasuh tuh anak meraung lah telepon bunyik lah..kalau sabun biasa tu lom sempat abes basuh tangan, hp pon dah habes bunyi, anak pulak makin kuat meraung hehe


Hari ni test dengan cucian yang lebih banyak. Guna machine and large wash..penuh le kirenye mesin basuh tuh dan guna amount yang sama iaitu sesudu kecil serbuk cucian Fresh Laundry concentrated dan 1oz softener yang dah di dilute with a cup of water..selalunya Adaa guna sabun basuh sampai 2 scoop (nama dirahsiakan) tapi at the end bau ala2 je tinggal..lepas kering lagi lah..kejap je dah ilang..ini satu sudu teh je..

Memula mcm was2 jugak, betul ke satu sudu teh je? Well believe me, betul..sbb ianya super concentrated. Patut lah smp 4/5/6 bulan tahannya..hehe

Yang Adaa suka, dengan satu jenis sabun ini, kita boleh cuci pakaian putih, bewarna, baju baby, dan baju sendiri. Kalau baju baby sebenarnya tak sesuai ye guna sabun biasa sbb bahan kimia nya boleh menyebabkan irritation. It's true, sbb dulu Adaa pernah basuh baju baby dengan sabun biasa kita guna ni tak kisah lah Daia ke Dynamo ke Breeze ke, sudah nya anak jadi gatal2 gitu..kulit kanak2 ni sensitif lagi..sebab tuh memang ada sabun khas untuk baby kan? Bagi orang dewasa yang mempunyai kulit sensitif pon sangat lah sesuai sbb non toxic!

Cucian bersih, wangian segar, bau nya tahan lama, jimat..what else? Selamat untuk kulit sensitif since it's natural!! The specialty of Shaklee =) 

*Sorry tak lupa snap gambar. Maklum lah terlebih eager hehe. Next time okeh?


Apa yang istimewanya Fresh Laundry Concentrated ni?

Shaklee Difference

SAFE
Hypoallergenic
No chlorine
Safe for use on all washable fabrics
No hazardous chemicals

POWERFUL
Superconcentrated
Just one ounce cleans a medium load of laundry
Great in all temperatures, even in cold water
Helps keep your whites white and colors bright

GREEN
Natural sustainably sourced ingredients
Biodegradable surfactants
No phosphates, borates, nitrates
No dyes
Recyclable packaging
Safe for septic systems and graywater

Benefits

• Superconcentrated – 5.5 lb. box washes 88 loads
• Super performance – enzyme-activated cleaners keep whites white and
colors bright.
• Safe on all washable fabrics – and effective in hard or soft water
• Formulated to help prevent dyes in colored clothes from transferring from
one garment to the other in wash.

Did you know?

Many laundry powders may contain irritants that can be absorbed through the skin or inhaled—a common cause of allergic response. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate is such an irritant, and is on the EPA and DOT hazardous substances list. Contact can irritate and burn the skin and eyes, breathing it can irritate the nose, throat and lungs causing coughing, wheezing and/or shortness of breath. Repeated skin contact may cause dryness, itching, chronic irritation, and rash. Fresh Laundry Concentrate does not contain these or other hazardous ingredients

So, siapa yang kulit sensitif, mudah allergic, baju asyik turun warna sampai satu mesin warna sama hehe u should try this. Totally love it!


PM for special price :)

I'm a Shaklee Independent Distributor

Teras Jernang Bangi
HP No. =017-9329859
Email = adaanoor@ymail.com
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::



Saturday, April 21, 2012

Peritnya kehilangan orang tersayang~~

Bila berfacebook ni, makin ramai orang yg kita kenal, makin ramai yang menjadi kawan, tak kurang juga yang menjadi musuh. Tapi kali ni xmo lah cerita musuh2 ni. Bagi Adaa, sejak berbisnes online ni, Adaa jumpa lebih ramai kawan..memang tak pernah bersua muka kebanyakannya, tapi rasa mcm dah bertahun kenal..kadang2 selesa sangat nak berkongsi cerita dah mcm adik beradik..batas umur dah tak kira dah, semua rasa sebaya je hehe

The Gud Old Days~

Itu cerita orang yang kita baru kenal atau lebih tepat 'stranger'. Macam mana pula yang darah daging sendiri? Lagilah rapat kan? Sebenarnya sejak akhir2 ni rasanya a few times jugaklah Adaa come across status kawan2 yang kehilangan orang tersayang..nenek, atuk, ayah..Bila terbaca tuh mmg tipulah kalo hati ni tak tercuit..Once in a while rasa rindu pada org tersayang mmg menebal.

tadi tetibe Adaa terfikir, bagaimana kalau Adaa kehilangan orang tersayang sekali lagi, atau Adaa yang akan pergi meninggalkan orang tersayang. Dulu Adaa takleh imagine bagaimana rasanya. Tapi lepas Adik ayu pergi, Umi pula tak lama kemudian menyusul, rasanya Adaa serik nk menghadapi situasi mcm tu sekali lagi. Tapi siapa lah yang dapat menolak ketentuan Tuhan kan..pointnya disini, Adaa dh tau bagaimana peritnya sebuah kehilangan..

Umi~

Sampai sekarang, Adaa still terasa Umi dan Adik Ayu ade bersama..meaning kenangan bersama mereka. Adik ayu pergi sebab sakit, Umi pon sama..Banyak kali Adaa terlintas 'Kalo dulu Adaa tau ttg perubatan at least dpt bantu Umi' tapi nak buat mcm mana, dh masa tuh Adaa kecik lagi..bila dah mula berminat ilmu perubatan, Umi dah pun menghidap pelbagai penyakit kronik..

Sambil2 duduk tadi, terfikir lah, kalaulah kehilangan tu disebabkan sebab musabab seperti kemalangan, bencana alam..itu semua diluar bidang kuasa kita. Tapi mcm mana pula jika berpunca dari kita? Meaning, disebabkan kita yg tak menghargai diri sendiri..Tak jaga jasad pemberian Tuhan ni..contohnya, 'drinking', smoking (tak berniat pointing pd sesiapa), makan sembarangan. Jika takde ilmu, nak buat mcm mana kan, tapi kalau dah ada ilmu tentang penjagaan kesihatan, tapi sengaja langgar..herm..guano tuh?

Sekarang mungkin kita tak rasa apa2 lagi, muda lagi, boleh mkn ikut suka..time tgh sihat bak kata org..pernah tak anda rasa seksanya time2 tgh sakit? Rasa menyesal nya tak jaga kesihatan, pernah x? Sayang nya kalo kita sakit akibat dari pengabaian yang dilakukan oleh kita sendiri. Kalo yang dah ade usaha tuh teruskan, resultnya hanya ditgn Tuhan..tapi yang tak mahu jaga diri ni , fikir2kanlah..

Jika anda sayang diri anda, atau orang disekeliling anda, jagalah diri sebaik, semampu mungkin. sekurang-kurangnya mencuba kan? Sebab tuh lah ramai customer Adaa cuba walaupun belikan vitamin sebiji sehari utk suami, anak, mak ayah..sebabnya, diorang care ttg family masing2..taknak bg vitamin, bagi mknan berkhasiat, minum air bnyk2, kurangkan gula, garm, lemak..tak semestinya ambil supplement.Tapi jika tak mampu disebabkan kekangan masa dan sebagainya, bolehlah guna alternatif mengambil supplement.

Adaa dah cuba mkn orange 2 3 biji sehari, ok lah lagi, tapi setiap hari badan kita perlu at least 7 biji..huhu berchenta nak mkn sebanyak tuh..so alternatifnya, Adaa ambil sebiji Vitamin C..settle..

Kali ni Adaa menulis menaip sekadar untuk mengingatkan..cuma orang yang pernah merasakan kehilangan org tersayang je faham kot perasaan Adaa nih. Bagi seorang ibu, br tgk anak demam dah sedih kan, Adaa sendiri tgk anak sakit dah menangis..itu br sakit tuh..bila ingatkan balik saat Umi pergi..terus menitik air mata. So, jagalah diri kita selagi mampu..bagi isteri, mesti nk hidup lama dengan suami dalam keadaan sama2 sihat kan? Ibu pula? Mesti nak anak2 membesar sbg orang yg sihat dan kuat :)

Belum terlmbt utk menjaga diri, kesihatan keluarga..jika belum mampu, mulakan dengan hanya sebiji multivitamin..baru rm0.60 ..apalah sgt harga 60 sen dengan sebuah nikmat kesihatan kan..renung2 kan..

mode: Sangat rindu Umi~~

Thursday, April 19, 2012

Testimoni: Kuku dan luka lebih CANTIK dan SIHAT dari yang lama. Bersinar-sinar~~

Masih ingat lagi tak dengan salah satu entry Adaa Testimoni: Jari hampir putus semakin pulih dengan Shaklee~~ Ini kisah benar punye ni. Customer Adaa yang namanye cik Sarah ni punyalah rajin memasak smp nak potong ayam terpotong jari sendiri..akibatnya hampir putus jari dia! huhu ngeri neh. Hari tuh Adaa ade minta gmbr terbaru jari cik adik kita after 6 months accident tersebut ni dan dia email lah kan..jom lihat perubahan pada jari cik Sarah




Yang lepas 3 jam tuh mmg ngeri sungguh huhu dah lah memula dia MMS je, dlm hati siapa pulak lah bg gmbr2 ngeri ni rupanya nk mintak advice ttg product shaklee hehe. Beberapa hari lepas balutan dibuka tuh lagi lah tak nampak rupa..doktor pun tak tahu samada jari cik Sarah ni boleh diselamatkn lagi or not. if tak, doktor nk buat implant je..Lepas 2 minggu, which was a very fast recovery, smp doc pon terkejut, jari Sarah semakin pulih dan yang paling best, x yah implant! Alhamdulillah...And after 6 months, she emailed me and said,



''Kak adaa, nih latest pic jari sarah. Tinggal parut jek sket2, mlm2 still sapu vit E kt jari nih.. Huhu.. Tp kuku yg tumbuh lg cantek dr yg lame ;) Maybe zinc pon membantu kot dlm proses tumbuh blk. Huhu.''

Bukan main berkilat lagi kuku cik adik ni..yes mmg Zinc sgt membantu dlm proses baik luka dan mempercepatkan pertumbuhan kuku. Apa yg Sarah ambil? 


Adaa bagi Sarah try ESP+VIT E+VIT C+ZINC+VITALEA untuk mempercepatkan process baik luka, pertumbuhan sel baru then add lagi basic H untuk cuci2 luka.



Vitalea with iron- untuk kuku yang kuat, dan tidak mudah patah
Kurang iron boleh menyebabkan kuku mudah pecah, kuku pucat dan tidak rata, dan lambat tumbuh.


ESP- protein merupakan makanan sel. Setiap kali kita luka, sel yang tercedera perlu diganti semula. dan untuk mendapatkan kulit yang baru, sihat dan cantik, pastinya memerlukan sel yang sihat. Jadi disini pengambilan protein adalah sangat penting. Buktinya, kan cantik tuh jari Sarah hehe




Vitamin E- membantu mempercepat proses baik luka, memperbaiki peredaran darah dimana sgt penting untuk pembaikan tisu yang luka tadi, dan mengurangkan kesan parut.


Vitamin C- Collagen dalam vitamin C membantu mengukuhkan sel kulit, mcm gam lah kiranya. Jadi sel yang terbentuk lebih teguh dan sihat, taklah kulit jadi kering, lembik, mudah lebam. Vitamin C juga membantu meningkatkan kadar penyerapan iron.


Prinsip yang sama juga bagi yang mengalami luka bersalin ke, luka jatuh ke, pendek kata any wound insyaAllah akan cepat baik. Kalau tak luka pon tapi nakkan kulit, rambut, kuku yang cantik, pon boleh cuba :) 




Nak cuba? 

I'm a Shaklee Independent Distributor

Teras Jernang Bangi
HP No. =017-9329859
Email = adaanoor@ymail.com
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


Wednesday, April 18, 2012

Get Clean Water Pitcher: Selamatkah air yang kita minum? Perlukah air minuman ditapis?

Akhirnya...berpeluang meng'update' blog setelah 4 hari menyepi..Sabtu lepas masa nak ambil air untuk minum, tetiba perasan lampu pada water filter dah bertukar merah..maksudnye, time to change the cartridge! Tapi kene order dulu..tak senang duduk rasanya bila water filter tak dpt digunakan..huhu yelah, dah terbiasa minum air bertapis kan. So semalam dah dpt cartridge baru, terus tukar..tapi bile nk tukar..huih terkejutnye lah tgk filter tuh..bukan main hitam lagi..




Ha nampak tu..thanx to my husband tolong tukarkan..bayang kan kalo kita gunakan air yg tak bertapis, betapa bahaya nya..meh2 Adaa bagi tgk lagi kekotoran filter ku


Jenama BESTWATER Shaklee


Tu dia....
Memang tak dinafikan bakteria akan mati bila kita didihkan air tp tahukah kita bahawa bahan kimia lain tetap ada? Contohnya plumbum, klorin, merkuri, kadmium..itu semua boleh memberikan kesan jangka panjang pada kita. Adaa ambil contoh klorin. Sejauh mana bahayanya klorin dlm air minuman kita ni?


credit


Walaupun klorin dapat membunuh sesetengah bakteria, tetapi penggunaannya juga memberi kesan kepada kesihatan manusia.

THM (trihalomethane) merupakan sebatian yang terhasil daripada klorin dan asid Humic (bahan reput, racun serangga) yang merupakan agen penyebab kanser (bahan karsinogen)

Kesan-kesan ini mungkin disebabkan oleh pengambilan secara berterusan atau penyerapan kulit. Contohnya apabila kita mencuci beras dengan air biasa, klorin yang terdapat dalam air akan meresapi ke dalam beras.

Hasil kajian menghubungkan produk sampingan klorin dan pengklorinan kepada kanser pundi kencing, hati, perut, rektum dan usus termasuklah:-
·                   penyakit jantung
·                   atherosclerosis (pengerasan salur darah)
·                   anemia (kekurangan sel darah merah)
·                   tekanan darah tinggi, dan
·                   reaksi alahan

Ini pula petikan dari Kelatedaily.com tentang bahaya air berklorin 

Seorang saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis - "Klorin sangat berbahaya. Ia patut diharamkan!! !!!. Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit."

Air paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak
daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri
. Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan. Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan kepada kesihatan.

Penyakit yang datang daripada air tercemar amat banyak!!!!. Telah terbukti akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain. Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air tersebut hendaklah berkualiti dan tidak mengandungi bahan-bahan beracun.

Itu baru klorin tuh..belum bahan lain lagi..memang sekarang kita tak nampak kesannya, tetapi jika kite berterusan menggunakan air yang mengandungi bahan berbahaya seperti ini, kesannya, kita yg akan tanggung satu masa nanti. Alam kita pon dah lama sakit, pencemaran disana sini, jadi terpulang pada kita untuk adapt with the situation. Pilihan ada dimana-mana, cuma bergantung pada kita untuk memilih sama ada ingin menggunakan air yg dijamin bersih atau pun tidak. 
Adaa dah buat pilihan. Buktinya tgklah filter ku tuh hehe ini pon air tak kotor sangat nih..tapi keladak nye..uih, dah mcm tar jalan..hehe kalo kawasan yang airnya kuning tuh x tahulah bnyk mana kotorannya.

So untuk yang dah decide nk cari water filter yg affordable, yang harganya cuma beratus..tada!!

 
MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?

Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!

• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!

• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!


• Hanya beberapa sen bagi seliter air

• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak

• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa

• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

Yang untung nye beli Starter pack ni, dia bagi 3 filter, satu cartridge dpt filter 303 liter air, so ade dua lagi..lama tuh tahan..so bila dah abes 3 filter ni br ganti yang lain. kan ke best tuh, next time just beli cartridge  je. Untuk harga istimewa, pm je Adaa~

I'm a Shaklee Independent Distributor
Teras Jernang Bangi
HP No. =017-9329859
Email = adaanoor@ymail.com
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...