Follow Us @soratemplates

Thursday, February 2, 2012

PROTEIN: 5 Rahsia yang Anda perlu tahu

Sejak dari dulu kala mmg Adaa tak pernah ambil kisah tentang kepentingan protein ni..tapi badan semakin letih, muka semakin kusam, metabolisme rendah, digestive system terganggu..(bila dh list ni br nmpk bnyknye prob badanku heheh) try mcm2 tapi tak pernah terpk yang semuanya hanya berpunca dr kurang protein..yelah asik mkn nasik je, x kisah dh tentang yg lain kan. Sampai satu tahap, badan dah tak dpt tampung lg dh kepenatan yang melampau..doc advise utk ambil multivitamin which leads to Shaklee Vitalea dan secara x langsung pd the best protein,ESP, betul, mmg best. Itu yang Adaa rasa smp berani lah letak kat tepi blog ni as hot selling product coz it's true. Oleh sbb tulah Adaa nk jgk anda semua yg baca blog adaa ni tau kepentingan protein untuk diri anda. Thanx to kak cery for the great info/secret abt protein. Jom baca


...dlm byk2 yang sentiasa panas dlm bisnes saya adalah ESP.. Ianya ala2 hot stuff..Apa itu ESP? Ianya protin...... Sebelum tu.. mari jemput baca artikel pendek tentang protin oleh sususejat.com. .sila baca dengan teliti ya.. jgn baca laju2.. kunyah perlahan2.. :-)
_________________
 

Mungkin ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein, dan untuk itu biarlah didedahkan sedikit ‘rahsia’ protein, yang mungkin sebahagian daripadanya kita dah belajar ketika di bangku sekolah dahulu. It’s a basic Science.

Pertumbuhan 

-16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi? 
 
Metabolisma (otot)

 Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah menjadi “sebahagian besar”.Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda. 

Metabolisma (pencernaan)

 Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat. Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins diet. Karbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).
 
Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin


-Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.
Protein – berapa yang kita perlukan?

-Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pilihan Adaa, tentulah ESP..kenapa?

  1. ''Protein lengkap'' -bermaksud ianya mengandungi 9 asid amino yg tak dapat dibuat dalam badan. Ia mengandungi nilai biologi yang tertinggi bagi tubuh kerana ia boleh diguna dengan paling berkesan
  2. Bahan terbaik-Soya (berbanding protein dlm daging, kandungan proteinnya hanya 22% yang lain lemak jee
  3. Tanpa kolesterol
  4. Lemak min (1gm shj)
  5. Instant- kadar penghadaman tinggi dan dapat diserap terus kedalam darah (BEST!)
  6. Tiada perasa tiruan,pemanis, pewarna, pengawet
  7. Tanpa laktosa
  8. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gm karbohidrat untuk tenaga
  9. Versitile- boleh dicampur dlm pelbagai air, ikut selera anda asalkan jgn dalam air panas, kopi dan teh
Mungkin anda juga berminat
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
Sila hubungi Adaa untuk sebarang pertanyaan:
adaanoor@ymail.com
017-9329859

No comments:

Post a Comment