Follow Us @soratemplates

Monday, February 27, 2012

Mandi malam boleh memudaratkan? Betul ke??

Dulu masa kecik2 (smp sekarang pon) selalu dengar mandi malam x elok nnt kene paru2 berair..tapi selama ni tak pernah pulak tanya2 orang ke, gali2 sendiri ke tentang kebenarannya..kalau difikirkan logik, mcm logik jugaklah kan sbb mandi malam sejukkkk hehehe tapi sebenarnya betul ke memudarat kan?


extract from: here


Dr Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan bahawa kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan dari kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.

Katanya mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini," kata beliau.

Memang benar, penyakit2 kronik di negara kita ni berpunca dari amalan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat..seperti yang sering Adaa ingatkan, punca penyakit adalah dari perut. Jadi, pemakanan sangat penting. Adaa menulis ni bukanlah sbb Adaa mmg sihat dan perfect dari segi pemakanan dan gaya hidup, tapi setiap dari kita haruslah mempunyai keinginan untuk memperbaiki diri..starts from now. Do something and change for better life ye tak?


Jadi, tak betullah ye mandi malam ni memudaratkan? TAK. in fact bagus lagi hehe sbb ape?

Kata Dr Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.

"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi".

Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.

"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria dari permukaan kulit.

"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun anti bakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.

"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau.


Rupanya bagus mandi malam ni hehe dengan Iklim kita yang sangat panas sekarang ni, tgh malam pon berpeluh2 kan? kiranya bagus lah kita bersihkan diri..


"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.

Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?

Kata Hassan: "Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat".

Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

"Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)," tambah beliau.

Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan.

Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.


Jadi lepas ni, jangan lah takut2 lagi nak mandi..rela ni, badan busuk pon xpelah, tido je heheh. Jangan gtu ye, silalah mandi supaya kesihatan lebih terjaga dan tido lebih lena :) Apa yang lebih perlu dirisaukan adalah tentang pemakanan seharian anda ..pastikan amalkan pemakanan yang sihat :D

*Mandi dengan basic H lagi best, badan terasa lebih sejuk dan gatal2 pon takde!




Sharing is Caring~~

No comments:

Post a Comment