Follow Us @soratemplates

Thursday, February 16, 2012

Tips: Mencari pembakar lemak? Ini 10 makanan pembakar lemak untuk anda~




Bila nk turunkan berat badan atau membuang excess fat ke kita lebih cenderung untuk cari pil kurus atau ape2 ubat yang belum tau selamat atau tidak. Tahu kah kita bahawa makanan yang kita makan juga dapat bantu kita membakar lemak. Syaratnye kene taulah makanan yang mana kan..kalo amek nasik, mmg takdelah nak bakar lemaknya..itu menambah lemak hehehe

So, jom lihat apa makanan yang boleh membantu kita membakar lemak..Entah2 kita dah lama mkn, cuma tak perasan je..



1. Epal



Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi dan ia boleh bergabung dengan kolestrol serta membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan.

2. Bawang putih

 

Bawang putih mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat. Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.

3. Kacang soya

 

Kacang soya mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak. Protein di dalam kacang soya pula mengandungi isoflavon yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh, khususnya oxidation of Low Destiny Lecithin (Kolesterol Jahat).

4. Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon

 


Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.

5. Bawang merah

 

Mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.

6. Tauge

 

Tauge mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme. Tauge juga kaya dengan thiamin, magnesium dan fosforus. Malah mengandungi vitamin E yang dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.

7. Lobak merah

 

Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan mampu membuang sisa lemak dengan cepat.

8. Tomato

 

Tomato mempunyai vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang tinggi, ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.

9. Oat

 

Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.

10. Teh hijau

 


The hijau mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap 'plasma triglycerides' dan membakar lemak.

Dah tau kan? Bolehlah include dlm diet anda

I'm a Shaklee Independent Distributor
Teras Jernang Bangi
HP No. =017-9329859
Email = adaanoor@ymail.com
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

No comments:

Post a Comment