Follow Us @soratemplates

Saturday, October 1, 2011

Info: Penyusuan-tips dan panduan ringkas

Bagi ibu2 atau bakal ibu yang berminat untuk menyusukan bayi anda, ini ada sedikit info ringkas yang boleh dijadikan panduan

Credit : MamaYangCekal
Diolah oleh Along Azrina
Ringkas dan padat. Khas untuk ibu baru yang mahu menyusukan anaknya ataupun ibu-ibu yang masih mencari-cari ilmu penyusuan.

Faedah kolostrum dan susu ibu kepada bayi;

1. lindungi bayi dari jangkitan dan alahan (kaya dgn antibodi)
2. lindungi bayi dari jangkitan (kaya dengan sel darah putih)
3. mencegah jangkitan dan penyakit mata(kaya dengan vit A dan E)
4. kematangan usus dan mencegah alahan(mengandungi faktor pertumbuhan)
5. mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis(susu ibu juga sejenis laksatif)
6. ada protein, lemak dan asik lemak yg tinggi dan mudah dihadam
-asid lemak Omega FA, DHA dan AA (yang ini susu formula selalu nak tiru)
-DHA-perkembangan sistem penglihatan,bayi menyusu juga mengumpul DHA di dlm kortex
-kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu adalah 5.2point lebih tinggi daripada yang tidak
menyusu susu ibu
7. lindungi dari kolik, lelah,penyakit kulit,hidung dan alahan pd makanan
8. kurangkan batuk, jangkitan telinga, bronchitis, pneumonia, meningitis, cirit birit
9. kurang risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti pd kanak-kanak
10. kurangkan risiko sindrom kematian bayi
11. kurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan serta menguatkan pertumbuhan rahang

Cara Menggalakkan Pengeluaran Susu

1. Yakin bahawa kita boleh menyusukan, kena byk bersabar,dptkan sokongan suami, jgn dengar mitos dari orang tua kita
2. Mulakan seawalnya 1 jam selepas bersalin (pada waktu ini baby sgt alert dengan ibunya)
3. Susukan bayi sekerap mungkin untuk mengelakkan jaundis.
4. Ibu perlu makan/minum yg berkhasiat,bykkan minum air masak(jgn dengar kata org tua kata byk minum nanti bawah tu berair, fakta ini SALAH! JANGAN amik jamu lagi effect pada baby sprt cirit-birit)
5. Pastikan latching (lekapan) betul, kalau salah boleh buat nipple kita crack, berdarah ini pun ramai ibu boleh jadi give up, pleasssseeeeeeeeeeeee jangan give up,

Kekerapan Penyusuan

1. Susukan mengikut kemahuan bayi "on demand". Kalau baby asik tidur itu petandan baby jaundis, jaundis buatkan baby suka tidur, tidak aktif. Ingat jaundis yg tinggi boleh effect OTAK.
2. Sentiasa bersama bayi (rooming-in)
3. 2-7 hari pertama - susukan lebih kerap, bayi yang tidur 2-3 jam perlu dikejutkan untuk menyusu
4. Bayi yang sudah biasa(sudah besar) - menyusu 8-12 kali dalam 24jam

Tanda bayi dapat cukup susu

1. Bayi berhenti menghisap sndiri, ada bayi yg tak boleh lepas nipple kita, dia bukan lapar sebenarnya tapi bayi kita rasa selesa bila di dalam dakapan kita ialah masa lam prot iakan rasa terkepung, gelap bila jumpa dunia sebenar penuh dengan cahaya, terang, bising dia rasa terkejut sedikit...belajar untuk sesuaikan diri dengan bayi anda OK.
2. Penyusuan kerap (8-12 kali)
3. dengar bunyi menelan - hisap-telan-hisap
4. Kencing lebih 6kali/hari
5. Kerap buang air besar, itu adalah normal jika baby dpt cukup susu
6. breast penuh sebelum menyusu dan 'ringan' selepas menyusu

Cara penyimpanan

1. Suhu bilik - 4 jam(ini ikut waktu malaysia, kalau barat boleh 8 jam)
2. peti sejuk - tahan hingga 48 jam, walau guideline 72jam akak tak yakin) yg ini dibahagian chiller
3. p/ais 1 pintu - 2 minggu - ini untuk bahagian frozen
4. p/ais 2 pintu - 3 bulan -  untuk bahagian frozen
5. Deep freezer - 6 bulan
* Untuk frozen EBM, ikut tarikh dimasukkan ke dalam bahagian beku. Jika pindahkan daripada P/ais 2 pintu ke Deep Freezer, tempoh EBM tetap 3 bulan bukan menjadi 6 bulan.

Cara nak panaskan

1. letakkan susu frozen di bahagian bawah peti ais semalaman dengan merendam di dalam air
2. bila nak bagi baby minum rendamkan bekas susu di dalam air suam selama 5 minit, BUKAN RENDAM DENGAN AIR MENGGELEGAK yerr sbb boleh merosakkan susu(hanya panaskan kuantiti yang hendak diminum oleh baby sahaja, contohnya kalau bayi minum 2oz..rendam 2oz jer)
3. Jgn PANASKAN di dalam MICROWAVE atau ATAS DAPUR
4. Susu yang telah cair hendaklah dihabiskan dalam masa 1 jam, selepas itu kalau tak habis discard(tidak boleh disimpan semula)

Sharing is Caring~~

No comments:

Post a Comment