Follow Us @soratemplates

Monday, October 24, 2011

WHI-Benarkah susu ibu boleh tercemar?

Memandangkan Adaa ni fulltime house manager aka housewife, maka mmg slalu jugaklah ngadap tengok Wanita Hari Ini..tapi tang keluar isu best ni x tertengok lak..so thanx to Rahsia Vitamin.com kerana sudi share tentang isu ni di blog ye..leh kite sesame kaut ilmu ni ..So, betul kah susu ibu boleh tercemar? sile baca ..


Topik yang dibincangkan dalam rancangan Wanita Hari Ini pada 20 Julai 2011..Panel jemputan yang hadir tadi ialah:
  • Dr. Norashikin Muhd Fuad - Pakar O&G Hospital Sungai Buloh
  • Pn. Kamariah bt Mohd Alwi - Lactation Consultant
  • Dynaz Mokhtar - Selebriti terkenal yang sangat2 menyokong penyusuan susuibu
Satu topik perbincangan yang penuh informasi terutamanya bagi ibu-ibu baru/bakal-bakal ibu sebagai persediaan mental dan fizikal untuk berjaya dalam penyusuan susuibu. Saya cuba kongsikan beberapa soalan yang dibincangkan dalam topik WHI tadi. 


Antara soalan yang dikemukakan....

Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima. Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati. Di dalam
susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan berada di dalam suhu bilik tidak bertutup pun, boleh bertahan lama, sekurang2nya 8 jam...berbanding dengan susu formula.

Apakah ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar?
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu. Ubatan lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan oleh ibu akan ditapis terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.


Payudara adalah steril
Pn Kamariah menjelaskan bahawa payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setiap kali bersama bayi. Ini kerana, dalam susu ibu ada unsur hidup yang berperanan sebagai 'askar-askar'. Sekiranya bayi disusukan terus dari payudara, maka 'askar-askar' tersebut akan terus masuk ke dalam tubuh bayi dan akan melindungi bayi dari sebarang jangkitan dari luar.


Ini berbeza apabila susu ibu diperah untuk disimpan. Askar2 tersebut perlu bertugas melindungi susuibu yang diperah itu dari sebarang bakteria dari luar.

Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi).
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna dan bekas yang digunakan adalah tercemar. Maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa.
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza.
Ia tidak dapat ditiru oleh mana-mana syarikat susu formula seluruh dunia. Rasa susu ibu akan mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian.. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai. >_<

Sebenarnya itulah uniknya susu ibu kerana bayi yang menyusu susu ibu telah didedahkan dengan pelbagai rasa (dari susu ibu) sebelum diperkenalkan dengan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan. Ini adalah kerana sejak dari baby lagi anak-anak yang menyusu ini telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.

Kenyataan ini turut disokong oleh Dynaz kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan.
Dia makan apa yang orang lain makan.
Susu ibu boleh bertukar warna?
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

Nak kuruskan badan..BF secara exclusive jer!
Pengakuan dari Dynaz. Setiap kali kawan dia tanya macam mana dia boleh kuruskan badan dengan cepat. Jawapan dia hanya satu. Breastfeeding!!


Dan suka sangat dengar Dynaz bercerita tentang dunia BF dia, macam mana Khayra appreciate susunya, bonding yang diceritakan sangat jujur. Seperti yang kita selalu dengar..anak yang BF ni bonding dengan ibu sangat-sangat kuat!!! Yang ni saya sangat setuju!!! Sebab kedua-dua anak saya, pantang ibu hilang di mata...masing-masing terus mencari..."ibu...where are u..." :)

Majikan perlu bagi sokongan
Sebelum menutup tirai Dr. Norashikin menyeru kepada semua majikan agar menyokong penyusuan susu ibu. Ini kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja pekerja kerana kurang mengambil cuti disebabkan anak jarang sakit. Selain itu beliau juga menyeru agar para majikan boleh menyediakan tempat khas dan juga 2nd hand fridge untuk pekerja yang menyusukan anak.

Selain daripada itu Dynaz juga ada bercerita tentang cara-cara untuk handle EBM.. Dia menggunakan cooler bag dan icepack yang tahan sehingga 16jam. Dan dia juga menyatakan sebagai seorang selebriti dia rasa amat bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat tentang BF. Dia juga berharap agar BF akan menjadi satu trend kepada ibu-ibu. Bila dah jadi trend, semua orang akan memilih untuk BF. Anda bagaimana??



Sekiranya kita dikurniakan kesihatan yang baik dan susu yang mencukupi oleh Allah, laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai ibu dengan menyusukan anak-anak selama mungkin. Anak-anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai. Oleh itu, berikanlah yang TERBAIK untuk mereka. Saat menyusukan anak merupakan saat terindah yang pasti tak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa yang bergelar ibu.


*sumber : Hana Seman (Kaunselor Laktasi) versi RahsiaVitamin.Com

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh emailkan adaanoor@ymail.com atau sms kan kepada saya 017-9329859 untuk pesanan dan consultasi percuma serta promosi terkini.

No comments:

Post a Comment