Asyik2 cerita puasa je kan, ni nak tukar angin jap cerita pasal vitamin C. Vitamin C ni bnyk manfaat dan kepentingannya untuk badan kita tapi sebelum tuh jom tengok sekilas info tentang vitamin C
Vitamin C
Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.
Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
Dr Norman Mohd Norawi dalam artikelnya menyenaraikan beberapa kesan sampingan dari pengambilan vitamin C pada dos yang tinggi.
Diarrhoea – hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut
Suntikan – sakit dan pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran
Namun, beliau menegaskan, secara amnya vitamin C yang diambil tidak memberi kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi, malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang menunjukkan vitamin c pada dos yang lebih tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan.
Pesanan buat pengguna Shaklee, perasankah anda pada botol Vitamin C ada tertulis Sustained Released. Ini bermakna kandungan 500mg per tablet dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan badan. Namun, jika demam atau selsema, adalah dinasihatkan agar mengambil 2 biji vitamin C untuk pagi dan malam dan dipatah dua sebelum dimakan. Mengapa perlu di patah dua? Ianya untuk memastikan vitamin C merembeskan kesemua 500mg. Ini kerana semasa sakit, badan memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.
Jadi, apa kaitannya dengan perokok ni? Seperti yang ramai diantara kita tahu, asap rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang berbahaya. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene) , racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Bayangkan bagaimana sengsaranya buah pinggang kita nak singkirkan bahan kimia ni. Disinilah kebaikan Vitamin C..
jom baca apa kesan Vitamin C pada suami kak cery
cuba buat experiment ni..."masukkan sebiji Vit C Shaklee ni kedlm air yg berisi air putih + beberapa titik iodin(kalo dlm paru2,yg hitam ni nikotin).... lepas tu kacau air dlm gelas tu... jadi jernih air dlm gelas tu... amazing..''
ha..menarik kan? bagi mereka yang dah pun mendapatkan Trial pack Euphoria dari kami, apalah salahnya add on 30 biji lagi vitamin C untuk husband anda..barulah sama2 sihat hingga ke akhir hayat, x gitu? kalau lebih sayang, nk belikan sebotol pun apa salahnya..hehe
Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh emailkan adaanoor@ymail.com atau sms kan kepada saya 017-9329859 untuk pesanan dan consultasi percuma serta promosi terkini.
Bukan kalau consume vitamin c memang tak boleh merokok ke takut nanti khasiat vit c tu hilang?
ReplyDelete