Tengah2 hari yang sunyi ni (sbb anak tengah tido hehe) sajelah berblog walking n terbaca pula ttg kawan2 yang sukar untuk mendapat zuriat walaupun dah lama mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, saya dikurniakan zuriat di awal2 usia perkahwinan saya..skang pon dah masuk dua heroes yang tembam bam bam. Zuriat ni suatu kurnia dari Allah, tapi usahanya bergantung atas kita dan pasangan..usaha selagi ada daya :)
Here, I wanna share something that might be beneficial to those yang trying to conceive:
tq to Jannatul Fadilah
Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seseorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).
Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah ada sehingga membawa kepada perceraian!
Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca dari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.
P
unca wanita tidak subur:
* Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
* Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
* Penyakit berkaitan kelamin.
* Penyakit berkaitan masalah pelvik.
* Merokok.
* Pengambilan kafein yang berlebihan.
* Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
* Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Punca lelaki tidak subur:
* Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
* Sperma kurang cergas
* Sperma yang tidak sempurna
* Sekatan pada saluran semen
* Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
* Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
* Pendedahan terhadap punca radiasi.
* Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.
Antara cara-cara untuk menanganinya
Pengambilan Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:
Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.
Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil Set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.
Di samping itu, kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.
Saya doakan kepada pasangan yang inginkan chaya mata semoga segera dikurniakan zuriat. Ingat, kita cuma berusaha, tetapi Allah yang berkuasa dengan result akhirnya.
Bagi mereka yang ingin mencuba bolehlah pm saya untuk details..all da best!
Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh emailkan adaanoor@ymail.com atau sms kan kepada saya 017-9329859 untuk pesanan dan consultasi percuma serta promosi terkini.
No comments:
Post a Comment