Follow Us @soratemplates

Monday, July 25, 2011

Manfaat besar susu: Ostematrix Shaklee ~~

Petang smalam saja lah ajak husband ambil2 angin petang, last2 ke Giant perginye hehe. Sambil jalan2 tepi booth Anlene, abang tuh cakaplah, ada pemeriksaan tulang percuma, cuma seminit je (guna mesin auto je utk check ketumpatan tulang). Apa lagi saya ngan husband pun trylah..Nervous jugaklah sbb tak pernah check tulang hehe.

Check punye check result pun keluar..jeng jeng jeng..tahap kesihatan tulang saya hanyalah di paras 'sederhana baik' sahaja..mm mula lah cik husband berlagak sebab tulang dia 'baik' tp still dinasihatkan ambil susu untuk tingkatkan lagi kesihatan tulang..kenapa kene minum susu..sbbnya? susu ada kalsium, kalsium baik untuk tulang..apa lagi kebaikan susu? jom tinjau..

Dipetik dari MyMetro:

Manfaat besar susu
Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my



SUSU adalah sejenis makanan yang kaya dengan nutrien dan dipenuhi sumber vitamin serta mineral baik seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium.

Tahukah anda daripada hidangan makanan yang diambil setiap hari, tiada satu pun menyamai kepentingan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segelas susu selain turut digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Dianggarkan bermula tahun 9000 sebelum Masihi lagi, manusia mula meminum susu bagi menjaga kesihatan tubuh badan. Malah, susu juga adalah sumber nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak pada peringkat awal perkembangan tumbesaran mereka dan ia harus diamalkan sepanjang usia.

Manfaat ini boleh diperoleh secara terus dengan meminum susu ataupun mengambil produk tenusu seperti keju, mentega susu, dadih, minyak sapi, aiskrim dan pelbagai lagi.

Walaupun sedar kebaikan susu tetapi masih ramai wanita yang cuba mengelaknya atas pelbagai alasan termasuk tidak boleh menerima rasa semula jadi susu dan masalah tidak toleran dengan gula susu yang menyebabkan mereka cirit-birit setiap kali mengambil minuman berkhasiat ini.
Sumber kalsium yang ada di dalamnya juga membantu mencegah tubuh daripada mengalami penyakit kronik berbahaya.

Ada beberapa sebab lain mengapa kita perlu minum susu atau mengambil produk tenusu iaitu: - Mencegah masalah osteoporosis atau tulang rapuh. Individu dewasa memerlukan 1,000 hingga 1,200 miligram kalsium sehari dan minum susu yang diperkaya dengan mineral ini cara paling mudah untuk mendapat bekalan kalsium harian.

Oleh kerana tulang sentiasa mengalami proses kemerosotan dan pembinaan semula, isu terlewat menjaga kesihatan tulang tidak timbul. Susu boleh diambil pada semua peringkat umur sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa atau orang tua.

Kita akan mengalami osteoporosis (tulang rapuh) jika terus membiarkan tulang merosot, sedangkan perkara ini boleh dicegah dengan mengambil makanan kaya kalsium seperti susu dan produk tenusu, mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam.

- Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein. Satu pek dadih rendah lemak contohnya mampu membekalkan satu pertiga daripada keperluan kalsium harian anda dan hampir 17 peratus protein.
- Vitamin D - Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium, malangnya ia sering dipinggirkan. Badan kita boleh menghasilkan vitamin D jika mendapat cukup cahaya matahari (terutama pada waktu pagi).

Cara paling mudah ialah minum susu rendah lemak yang diperkaya dengan vitamin D. Ada kajian mendapati vitamin D juga boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.

- Tingkatkan ketumpatan tulang - Kajian di Finland ke atas gadis remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan kaya kalsium (seperti keju) mempunyai ketumpatan tulang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil keju.

- Tekanan darah - Kajian ke atas 5,000 orang dewasa di Sepanyol mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak (susu skim dan susu rendah lemak) dalam masa dua tahun kurang berisiko (54 peratus) mengalami tekanan darah tinggi.

Penyelidik berpendapat perkara ini ada kaitan dengan protein dalam susu rendah lemak (kasein dan whey) yang dikatakan mempunyai tindakan lebih kurang sama dengan ubat merendahkan tekanan darah.

- Sindrom metabolik - Berdasarkan data diperoleh daripada 827 responden (lelaki dan wanita), penyelidik Iran merumuskan individu yang mengambil produk tenusu rendah lemak mempunyai ukuran pinggang lebih kecil dan kurang risiko alami sindrom metabolik - iaitu sindrom yang mendekatkan kita dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kita disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Bagi sesiapa yang suka minum susu mungkin tidak mengalami masalah tapi macam saya ni yang liat nak minum susu, alternatif lain ialah melalui pemakanan. Tapi berapa ramai di antara kita yang berjaya mendapatkan 1000mg kalsium sehari? Saya makan jugak tempe, cheese tapi takdalah tiap2 hari..hehe jadi pilihan saya? tentulah Ostematrix Shaklee..selain membantu 'up' kan kesihatan tulang, Ostematrix ni saya ambil untuk bantu saya dalam production susu untuk Eilman..

Some info abt Ostematrix ( from shaklee2u website)
Comprehensive, Clinically Proven and Easy to Swallow
Clinically proven Shaklee OsteMatrix provides a unique matrix of critical nutrients that go beyond calcium to build and maintain strong bones and teeth. Consumption of just two caplets of OsteMatrix resulted in statistically significant increase in blood calcium levels as measured over a 12-hour period.
Functions of OsteMatrix: -
  1. Help retain normal blood pressure
  2. Assist in muscle contraction and nerve transmission.
  3. Help reduce PMS symptoms such as bloating, cramps, water retention, irritability and moodiness
4 biji Ostematrix memenuhi keperluan kalsium harian (1000mg) kerana setiap tablet Ostematrix mengandungi 250mg nutrien yang diperlukan. Ostematrix SHAKLEE bukan aje kalsium, malah mengandungi magnesium, Vitamin D, zinc dan banyak lagi. Yuk try yuk! bagi yang berminat bolehlah contact saya ye.

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh emailkan adaanoor@ymail.com atau sms kan kepada saya 017-9329859 untuk pesanan dan consultasi percuma serta promosi terkini.  

No comments:

Post a Comment