Air ni salah satu komponen terpenting tubuh..kalau nak badan sihat, ambil supplement bnyk2 pun tapi air tak cukup, tetap x berkesan juga..sebab tuh penting untuk kita pastikan water intake cukup everyday..tapi air putih je ye, yang kaler2 ijau merah biru x kire ye.
Kenapa perlu minum air?
1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK
Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.
2. MENGUMPULKAN NUTRISI
Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.
3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK
Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.
4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS
Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.
5. MENGHINDARI BATU KARANG
Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.
Tips pastikan cukup 2-3L sehari
Saya ni mmg liat nak minum air, tapi kene jugak minum..so mcm mana nak make sure cukup water intake? Macam saya, saya sukat je guna 2 botol besar air mineral, abeskan dalam tempoh bgn dari tidur sampailah nk tido malam..cara lain yang anda boleh buat:
~ Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
~Minum segelas air sebelum masuk tidur.
~Minum 3 teguk air setiap setengah jam
~Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi(bagi yg bfeed lah)
Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh emailkan adaanoor@ymail.com atau sms kan kepada saya 017-9329859 untuk pesanan dan consultasi percuma serta promosi terkini.
No comments:
Post a Comment