Follow Us @soratemplates

Monday, April 30, 2012

25 FAQ Dunia Penyusuan Susu Ibu~PART 2

Ha..hari ni nak sambung lagi FAQ. Hari tuh baru 12 kot..ini yang selebihnya, moga bermanfaat ye ..penat tau taip satu2 ni hehe


Q. Bagaimana saya boleh mengatasi masalah letih/pucat selepas bersalin
A. Galakkan ibu supaya meringankan kerja-kerja rumah. Jangan berlebihan melakukannya. Cuba dapatkan bantuan daripada kawan-kawan dan saudara mara pada minggu pertama dan seterusnya. Ibu akan mudah berasa letih. Ia mengambil masa beberapa minggu untuk pulih seperti asal. Lebih baik berehat secukupnya pada waktu siang. Pada peringkat awal, tugas menjaga bayi tanpa mengira siang atau malam adalah agak berat bagi ibu. Minggu terawal berada dirumah adalah waktu yang amat penting untuk ibu dan bayi. Inilah masanya ibu dan bayi membentuk hubungan kasih sayang yang kukuh antara satu sama lain. Ingat! Soal bayi lebih penting. Perkara lain boleh diketepikan untuk sementara waktu. Pada waktu ini, ibu mungkin terasa tidak berminat hendak keluar rumah. Ibu memang digalakkan menyendiri di rumah. Jika ibu berasa 
 berminat hendak keluar rumah, dia boleh keluar bersama bayi tanpa perlu bersusah payah membawa botol dan susu formula. Sesetengah ibu bimbang sekiranya susu akan berkurang diperingkat awal. Ini kerana dia kurang mengalami bengkak susu dan susu kelihatan cair. Anggapan ini tidak benar. Ibu harus ingat bahawa jika dia menyusu setiap kali bayi memintanya, susunya akan sentiasa berada dalam keadaan mencukupi untuk bayi.

Q. Bagaimana memastikan bayi mendapat cukup susu?
A. Jika ibu menyusu bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan  kerap, ibu pasti akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti ialah:
*Bayi membuang air sebanyak 7 hingga 8 kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu formula)
*Berat badan bayi bertambah. Berap mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan.
*Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar denga kerap. manakala ada yang tidak membuang air besar selama seminggu.
*Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.


Q. Apakah cara yang harus saya ikuti untuk menentukan kejayaan menyusu bayi?
A. Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu akan tahu bahwa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:
*Pola hisapan bayi akan berubah kepada''hisap dan telan-hisap dan telan''. Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini PASTI AKAN SENTIASA berlaku setiap kali bayi menghisap.
*Payudara akan menjadi suam panas dan seperti penuh.Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini JARANG berlaku setiap kali penyusuan.

Q.Bagaimana jika susu tidak cukup?
A. Kadangkala, ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. Sebenarnya anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahkannya dengan cara:
*Menyusu dengan lebih kerap.Lebih banyak bayi menghisap pada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU
*Bertenang ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan lebih baik. Ibu boleh makan makanan ringan,minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senama pernafasan ketika bayi mula menyusu. umpukan perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang.
*Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu, Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengah hari.
*Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau yang tidak berkhasiat.


Q. Kenapa susu saya kelihatan cair?
A. Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin  tidak menerima susu yang kaya dan berkrim di hujung penyusuan. Susu ini dipanggil ''susu akhir'' atau ''hind milk''. Cara terbaik untuk membetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu ibu iaitu ''susu pertama'', ''susu pertengahan'', dan ''susu akhir''. ''Susu pertama'' atau ''fore milk'' yang bewarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga. ''Susu pertengahan'' mengandungi khasiat protein. Manakala ''susu akhir'' kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi perlukan ''susu akhir'' untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya. Pastikan ibu mengingati yang dia perlu menyusu dengan sebelah lagii apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.

Q. Susu saya mengalir dengan pantas, menyebabkan bayi saya sering tersedak, bagaimana saya mengatasi masalah ini?
A.Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara dibawah:
*Hentikan penyusuan selama satu minit. Kemudian, masukkan semual puting ke dalam mulut bayi apabila aliran susu semakin perlahan. Untuk menarik keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh memasukkan jari bersih dihujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas itu.
*Menyusu pada kedudukan berbaring dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap susu naik ke atas. Ini bermakna, bayi menghisap kearah bertentangan dengan graviti. Oleh itu pengaliransusu naik ke atas menjadi agak lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah.
* Ibu mungkin menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau di waktu permulaan penyusuan sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir dengan pantas. Apabila tiba diakhir penyusuan, ibu boleh bertukar kepada menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan dengan sempurna.
*Menyusu pada kedudukan baring akan mengurangkan pengaliran susu. Jadi pastikan ibu sentiasa memeriksa keadaan bayinya. Jika bayi tidak perlu menyusu dalam kedudukan ini lebih baik menyusu cara duduk.

Q. Saya dapati susu meleleh dan membasahi baju, apa yang harus saya lakukan?
A. Pada peringkat awal, ibu mengalami masalah susu sering meleleh keluar dari payudara diwaktu-waktu antara penyusuan. Masalah ini akan berkurangan apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan otot-otot disekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu diwaktu-waktu berkenaan.
*Cuci payudara menggunakan air suam atau sejuk dan cuci lelehan itu agar ia tidak mengotorkan baju atau baju dalam. Penting  untuk menukar pelapik baju dalam denga kerap agar puting tidak sakit atau berada dalam keadaan lembab. Jangan gunakan pelapik plastik. Selain pelapik, baju dalam, ibu digalakkan menggunakan saputangan tetapi tidak di galakkan menggunakan tisu.
*Ketika menyusu, alaskan dengan lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya. Seelok-eloknya jangan pakai baju dalam agar susu boleh mengalir bebas.


Q. Apa yang dikatakan ''keliru puting'' yang menyebabkan bayi enggan menyusu?
A. Punca utama kenapa bayi enggan menyusu ialah bayi terlebih dahulu diberi susu botol sewaktu di hospital. Bayi menajdi keliru denagn kelainan puting ibu dan tidak mahu menghisap dengan betul dipayudara ibu. Dia sukar hendak belajar memasukkan puting kedalam mulutnya. Dalam kedudukan menghisap yang baik, puting dan areola akan meregang keluar bagi membentuk seolah-olah satu puting panjang di dalam mulut bayi. Lidah bayi akan menekan areola keatas sehingga terkena lelangit mulutnya. Cara ini akan menyebabkan susu mengalir keluar. Dalam kedudukan menghisap yang tidak baik, puting tidak berada cukup jauh ke dalam mulut bayi. Bayi hanya menghisap hujung puting sama seperti kaedah menghisap puting botol. Dengan cara ini, susu tidak akan keluar. Malah akan menyebabkan puting ibu terasa sakit. Kekeliruan terhadap puting terjadi apabila bayi diberi sekali atau dua kali penyusuan menggunakan botol. Jika ibu mencampurkan susu ibu dan susu botol, bayi mungkin mempunyai kecenderungan untuk memilih susu botol dan menolak susu ibu.

Q. Bagaimana jika bayi mengalami sakit tumbuh gigi dan enggan menyusu?
A. Jika bayi mendapat sakit mulut dan enggan menyusu, jangan paksa dia menyusu. Tunggu sehingga dia bersedia untuk menyusu. Dalam masa itu, perah sus untuk menjamin kelancaran pengalirannya. Kemudian, cuba letakkan bayi ke payudara. Dengan cara ini, bayi akan merasai pengaliran susu masuk ke mulutnya dengan cepat. Malah selepas beberapa minit menghisap, bayi sudah dapat merasai sedikit susu masuk ke mulut. Cadangkan ke ibu agar:
*Bawa bayi berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan mulut, kerongkong, dan telinga. Keengganannya mungkin disebabkan dia sakit. Dapatkan ubat yang boleh melegakan gusinya yang sakit.
*Jika bayi masih tidak mahu menyusu, perah susu dan berikan susu itu menggunakan sudu, cawan atau penitis ubat. Selepas beberapa hari,bayi akan kembali menyusu dipayudara
*Cuba menyusu diwaktu bayi sedang tidur atau mengantuk. Pada waktu ini, bayi tidak begitu sedar dan akan menghisap dengan baik.
*Cuba menyusu didalam bilik yang sunyi dan jauh dari gangguan> Cuba menyanyi dan mendodoikan bayi.
*Apabila bayi kembali menyusu dipayudara, ibu perlu menyusu denga kerap selama beberapa hari bagi menambah semual pengaliran susu yang terbantut ketika bayi enggan menyusu sebelum ini.

Q. Saya dapati susu saya berkurangan selepas mengambil pil perancang, apa patut saya buat?
A. Pil perancang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Kadang kala bayi enggan menyusu kerana perubahan rasa pada susu ibu yang disebabkan oleh perubahan hormon setelah memakan pil. Jika ibu memberitahu anda yang dia memakan pil dan bayi mula cerewet setiap kali waktu menyusu atau tidak mahu menyusu sama sekali, anda perlu merujuk ibu berkenaan kepada doktor atau klinik perancang keluarga agai ubu boleh mendapatkan kaedah perancang yang lain. Kadangkala, bayi enggan menyusu selepas berusia enam minggu. Ini mungkin berkaitan dengan pemeriksaan doktor seepas ibu tamat tempoh berpantang dan pengambilan pil selepas pemeriksaan itu.

Q. Bolehkah saya menyusu jika puting saya rata?
A. Bayi masih boleh menyusu walaupun puting ibu rata atau tenggelam. Puting yang rata boleh dikeluarkan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk atau menggunakan pam payudara sebelum penyusuan. Selepas ia ditarik keluar, puting akan cepat-cepat dimasukkan ke dalam mulut bayi. Puting akan berada dalam keadaan lebih baik tidak lama selepas bayi mula menghisap. Lama kelamaan, hisapan bayi akan menyebabkan puting yang rata atau tenggelam menjadi timbul. Dalam soal ini ibu boleh berjumpa dengan Kaunselor PPPLM.

Q. Bagaimana jika saya membawa bayi keluar dan saya harus menysu?
A. Bayi yang menyusu susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya bayi akan dibawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu di mana sahaja. Biasanya, pusat membeli belah ada menyediakan bilik yang sesuai untuk para ibu menyusu anak. Jika ibu terpaksa keluar tanpa membawa bayi bersamanya, ibu perlu memerah susunya dan diberikan kepada bayi menggunakan sudu atau cawan.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru, 53100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4107 3678/ Faks: 03-4107 2862
Email: ppplm@susuibu.org/ Website: www.susuibu.org
*sumber dari PPPLM

Sharing is caring~~

No comments:

Post a Comment