Follow Us @soratemplates

Showing posts with label breast feeding. Show all posts
Showing posts with label breast feeding. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Shaklee Breastfeeding Set vs Other Milk Booster: susu banyak tapi badan tidak sihat?

8:00 AM 0 Comments
Adaa still ingat dulu masa mula-mula nak breastfeed kan Adam..mmg xde pengalaman, xde ilmu..yang adaa tahu masa tuh 2 minggu lepas adam lahir, Adam mmg tak dpt nak menyusu dengan ibu sbb susu takde..n masa tuh Adaa tak tahu apa nak buat, sudahnya gi jumpa doctor mintak ubat tambah susu. Doctor bagi adaa ubat utk tahan muntah kalo x silap..n side effectnya susu akan bertambah..but very unfortunate for me sbb xde ape2 effect pon..huhu




Maybe sbb salah tackle the real problem..at that time adaa br lepas sihat drpd severe headache yang menyebabkan Adaa harus ulang alik ke klinik utk masuk kan air selama 2 minggu..tak boleh bangun..siap berhantar berjemput ke klinik..kesihatan mmg terganggu..letih jaga anak mlm2..stress susu xde..maybe badan terlalu lemah..sbb tuh susu pon takde. 


Sebenarnya mcm2 pendapat tentang isu kekurangan susu ni dan juga makanan penambah susu..masing2 ade preference masing2..Tapi kali ni Adaa nak ajak pembaca semua tgk beza mengambil milk booster (tak kisah lah ubat apa pon, mcm adaa dulu ubat tahan muntah) dengan pengambilan supplement.


Jom baca: credit



Ubat-ubat yang dibekalkan doktor seperti Motilium, Maxolon dan sebagainya adalah uhat tahan muntah, dan side effectnya, ibu akan menghasilkan susu badan. Namun yang tak bestnya, banyak pula side effectnya, termasuklah stress, depress dan sebagainya.
Lalu ibu di atas telah mencuba Shaklee, dan akhrnya beliau telah menghantar email seperti di bawah:
click pic for better view
Nampak perbezaannya, setelah mengambil set breastfeeding Shaklee dengan milk booster lain sebelumnya? Yang seronoknya set Shaklee telah menyelesaikan masalah-masalah beliau yang lain. Masa ambil ubat dulu, masalah lain yang datang, kan?
Memang tak salah langsung kita ambil milk booster selain Shaklee, tapi dalam set Shaklee ni mengandungi keperluan diri ibu sendiri. Berbeza dengan milk booster lain yang memang “booster” semata-mata. Susu banyak tapi ibu lesu, pucat, penat…. tapi dengan Shaklee ibu sihat, ceria, happy malah bertambah cun melecun 
Saya sendiri pun sebenarnya mengamalkan juga l0ngan kering, habbastussauda dan sebagainya, tapi set breastfeeding Shaklee tetap menjadi amalan saya setiap hari. Ia adalah keperluan tubuh badan saya untuk sentiasa sihat dan ceria demi suami dan anak-anak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nampak kan beza nya..mcm Adaa dulu mungkin focus hanya nak ade susu yang bnyk sbb tu sanggup try ubat tahan muntah walaupun xde pon rasa nak muntah hehe tapi sebenarnya bukan itu yang anak kita perlukan..Anak kita perlukan susu yang bernutrisi dan pd masa yg sama turut benefit kita as mom. 
Jika susu bnyk tp ibu depress atau kena side effect yg lain, rsnya tujuan penyusuan sedikit tersasar..Lebih baik jika anak happy, ibu pon happy, dan insyaAllah dalam keadaan mcm tuh, susu akan naturally banyak dengan syarat adalah konsep demand & supply tu kan?
Jadi? Mcm mana? Adaa? Adaa dah jatuh cinta ngan TRIPPLE M dahhhh hehe

I'm a Shaklee Independent Distributor

Teras Jernang Bangi
HP No. =017-9329859
Email = adaanoor@ymail.com
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Thursday, May 3, 2012

Breastfeeding: Vitamin b dan c tingkatkan pengeluaran susu?

9:37 AM 0 Comments
Rasanya dah bnyk kali dibincangkan tentang makanan yang boleh up kan susu ibu, tapi rasanya jarang kita dengar tentang vitamin apa yang mempengaruhi production susu ibu. Adaa kalau bab2 meningkatkan pengeluaran susu ibu ni mmg berminat sbb nak juga tahu adakah pemakanan seharian kita dpt membantu atau sebaliknya. 
contoh milk booster dipasaran


Memang tak dinafikan pelbagai jenis milk booster ade kat luar sana..u name it. Dari segi makanan pula, ada yang kata TIDAK ada makanan yang bertindak sebagai milk booster, contoh mcm jantung pisang, ada yang kata boleh tambah susu, ada sesetengah orang mkn jantung pisang bagai nak rak, still x meningkat susunya.
Sebenarnya faktor meningkatkan susu ibu ni adalah makanan atau apa yang terdapat dlm makanan tersebut? Itu yang kita perlu tahu. 


Badan ibu ni umpama sebuah mesin, jika cukup minyak pelincirnya, enjin nya dalam keadaan baik, maka production pon tak terganggu. Bayangkan sebuah mesin yang rusty, kan dah sangkut..x dapat nak berfungsi dengan baik.


Begitu juga dengan penghasilan susu ibu. Jika ibu tidak cukup nutrisi, lompong sana sini, tubuh pon tidak berada dalam keadaa optimum..maka bagaimana nak menghasilkan susu yang terbaik buat si anak?


Ok kali ni adaa nak focus pada vitamin b dan vitamin c shj dulu. Contoh ye, dengan keadaan dunia sekarang, panas nya mencecah 30+ darjah celcius, jalan 'jam' sana sini, bebanan kerja yang meningkat, makan tak tentu waktu, agak2 apa kaitan nya dengan susu kita ni? Let see:


Vitamin B dan C sangat fragile dan mudah musnah kerana:

  • pencemaran air dan udara
  • pancaran matahari yang terik
  • Stress/tekanan
  • Memakan terlalu banyak makanan/minumam manis
  • Kegunaan anti-biotik, pil penenang
  • Tempoh memasak yang terlalu lama dan bersuhu tinggi

Agak2 dalam realiti cuaca, beban kerja semua yang Adaa sebut tadi memusnahkan vitamin b dan c tak? 




Tahukah anda, bila kita kekurangan vitamin seperti vitamin b dan c ini terutamanya, hormon anti-stress tak dapat di restore, kesannya kita akan stress lah, bila stress, akan mengganggu fungsi tubuh dan production susu ibu. Walau apa pun fungsi badan kita, ianya akan terganggu jika badan bukan berada dalam keadaan optimum. Contoh kalo selsema, dah susah nak bernafas, lemah nak bekerja dan sebagai nya.


Jadi pemakan yang seimbang amatlah perlu terutamanya pada Ibu yang menyusu yang ingin meningkatkan production susu ibu



According to Nutrition During Lactation (Hamosh, 1991):
“The evidence does not warrant routine vitamin-mineral supplementation of lactating women… Encourage lactating women to follow dietary guidelines that promote a generous intake of nutrients from fruits and vegetables, whole-grain breads and cereals, calcium-rich dairy products, and protein-rich foods such as meats, fish and legumes. Such a diet would ordinarily supply a sufficient quantity of essential nutrients… Encourage sufficient intake of fluids — especially water, juice, and milk — to alleviate natural thirst. It is not necessary to encourage fluid intake above this level… Calcium, multivitamin-mineral supplements, or both may be advised when dietary sources are marginal and it is unlikely that appropriate dietary practices will or can be followed.”-credit

Contoh makanan yang seimbang yang boleh kita ambil dan kenapa?

These are foods to help increase breast milk production:
Brown Rice - contains B vitamins, selenium, iron, fiber and manganese.
Avocados - contains potassium, vitamin B6, and Pantothenic acid
Beets - high in potassium
Carrots - high in vitamin C
Barley - high in phosphorus, magnesium, and vitamin B6.
Dulse - a red algae high in B vitamins, iron, and potassium.
Kombu - edible kelp rich in glutamic acid, which is responsible of one of the five basic tastes.

Jika anda pasti dapat makan secara seimbang, pengambilan vitamin tambahan mmg TIDAK perlu tapi jika sebalinya (anda nilai diri sendiri ye), boleh mula consider pengambilan supplement bagi MEMBANTU milk production..

Tahukah anda
§  Most mineral supplements (e.g., iron, calcium, copper, chromium, zinc) taken by the mother do not affect breastmilk levels. (But it is essential for the mother in order to make sure that she is not lacking any nutrient). 
§  Water soluble vitamin supplements (e.g., B vitamins, vitamin C) taken by the mother usually INCREASE breastmilk levels. Breastmilk levels of some water soluble vitamins, such as vitamin C, only increase up to a certain point, then remain steady – even if mom increases her dose.
§  Fat soluble vitamin supplements (e.g., vitamins A & E) taken by the mother can concentrate in human milk, and thus excessive amounts may be harmful to a breastfeeding baby.(Sebab itulah kita kena pastikan vitamin yg diambil adalah natural dan dlm dose yg betul, itu pentingnya consultation :D )
§  The safety of herbs and other nutritional supplements should be evaluated on a case-by-case basis – some are safe and some are not. (Jangan ambil sembarangan je..penting utk kita tahu apa yg kita mkn, jgn ikut-ikut orang ye)


Kesimpulannya, adakah vitamin b dan c membantu milk production? YES they do. Vitamin b dan c bantu ibu berada dalam keadaan tenang dan sihat (antara faktor utama utk memastikan pengeluaran susu dengan  baik). Sebab lain, vitamin b dan c adalah antara water soluble vitamin yang membantu meningkatkan susu ibu.

*Sebab tu lah breasfeeding set ada vitamin2 ni :)



Sekarang tahukan kenapa vitamin b dan c ada di dalam set yang HOT ni?



I'm a Shaklee Independent Distributor

Teras Jernang Bangi
HP No. =017-9329859
Email = adaanoor@ymail.com
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


Monday, April 30, 2012

25 FAQ Dunia Penyusuan Susu Ibu~PART 2

8:00 AM 0 Comments
Ha..hari ni nak sambung lagi FAQ. Hari tuh baru 12 kot..ini yang selebihnya, moga bermanfaat ye ..penat tau taip satu2 ni hehe


Q. Bagaimana saya boleh mengatasi masalah letih/pucat selepas bersalin
A. Galakkan ibu supaya meringankan kerja-kerja rumah. Jangan berlebihan melakukannya. Cuba dapatkan bantuan daripada kawan-kawan dan saudara mara pada minggu pertama dan seterusnya. Ibu akan mudah berasa letih. Ia mengambil masa beberapa minggu untuk pulih seperti asal. Lebih baik berehat secukupnya pada waktu siang. Pada peringkat awal, tugas menjaga bayi tanpa mengira siang atau malam adalah agak berat bagi ibu. Minggu terawal berada dirumah adalah waktu yang amat penting untuk ibu dan bayi. Inilah masanya ibu dan bayi membentuk hubungan kasih sayang yang kukuh antara satu sama lain. Ingat! Soal bayi lebih penting. Perkara lain boleh diketepikan untuk sementara waktu. Pada waktu ini, ibu mungkin terasa tidak berminat hendak keluar rumah. Ibu memang digalakkan menyendiri di rumah. Jika ibu berasa 
 berminat hendak keluar rumah, dia boleh keluar bersama bayi tanpa perlu bersusah payah membawa botol dan susu formula. Sesetengah ibu bimbang sekiranya susu akan berkurang diperingkat awal. Ini kerana dia kurang mengalami bengkak susu dan susu kelihatan cair. Anggapan ini tidak benar. Ibu harus ingat bahawa jika dia menyusu setiap kali bayi memintanya, susunya akan sentiasa berada dalam keadaan mencukupi untuk bayi.

Q. Bagaimana memastikan bayi mendapat cukup susu?
A. Jika ibu menyusu bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan  kerap, ibu pasti akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti ialah:
*Bayi membuang air sebanyak 7 hingga 8 kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu formula)
*Berat badan bayi bertambah. Berap mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan.
*Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar denga kerap. manakala ada yang tidak membuang air besar selama seminggu.
*Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.


Q. Apakah cara yang harus saya ikuti untuk menentukan kejayaan menyusu bayi?
A. Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu akan tahu bahwa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:
*Pola hisapan bayi akan berubah kepada''hisap dan telan-hisap dan telan''. Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini PASTI AKAN SENTIASA berlaku setiap kali bayi menghisap.
*Payudara akan menjadi suam panas dan seperti penuh.Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini JARANG berlaku setiap kali penyusuan.

Q.Bagaimana jika susu tidak cukup?
A. Kadangkala, ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. Sebenarnya anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahkannya dengan cara:
*Menyusu dengan lebih kerap.Lebih banyak bayi menghisap pada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU
*Bertenang ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan lebih baik. Ibu boleh makan makanan ringan,minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senama pernafasan ketika bayi mula menyusu. umpukan perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang.
*Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu, Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengah hari.
*Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau yang tidak berkhasiat.


Q. Kenapa susu saya kelihatan cair?
A. Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin  tidak menerima susu yang kaya dan berkrim di hujung penyusuan. Susu ini dipanggil ''susu akhir'' atau ''hind milk''. Cara terbaik untuk membetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu ibu iaitu ''susu pertama'', ''susu pertengahan'', dan ''susu akhir''. ''Susu pertama'' atau ''fore milk'' yang bewarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga. ''Susu pertengahan'' mengandungi khasiat protein. Manakala ''susu akhir'' kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi perlukan ''susu akhir'' untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya. Pastikan ibu mengingati yang dia perlu menyusu dengan sebelah lagii apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.

Q. Susu saya mengalir dengan pantas, menyebabkan bayi saya sering tersedak, bagaimana saya mengatasi masalah ini?
A.Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara dibawah:
*Hentikan penyusuan selama satu minit. Kemudian, masukkan semual puting ke dalam mulut bayi apabila aliran susu semakin perlahan. Untuk menarik keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh memasukkan jari bersih dihujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas itu.
*Menyusu pada kedudukan berbaring dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap susu naik ke atas. Ini bermakna, bayi menghisap kearah bertentangan dengan graviti. Oleh itu pengaliransusu naik ke atas menjadi agak lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah.
* Ibu mungkin menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau di waktu permulaan penyusuan sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir dengan pantas. Apabila tiba diakhir penyusuan, ibu boleh bertukar kepada menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan dengan sempurna.
*Menyusu pada kedudukan baring akan mengurangkan pengaliran susu. Jadi pastikan ibu sentiasa memeriksa keadaan bayinya. Jika bayi tidak perlu menyusu dalam kedudukan ini lebih baik menyusu cara duduk.

Q. Saya dapati susu meleleh dan membasahi baju, apa yang harus saya lakukan?
A. Pada peringkat awal, ibu mengalami masalah susu sering meleleh keluar dari payudara diwaktu-waktu antara penyusuan. Masalah ini akan berkurangan apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan otot-otot disekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu diwaktu-waktu berkenaan.
*Cuci payudara menggunakan air suam atau sejuk dan cuci lelehan itu agar ia tidak mengotorkan baju atau baju dalam. Penting  untuk menukar pelapik baju dalam denga kerap agar puting tidak sakit atau berada dalam keadaan lembab. Jangan gunakan pelapik plastik. Selain pelapik, baju dalam, ibu digalakkan menggunakan saputangan tetapi tidak di galakkan menggunakan tisu.
*Ketika menyusu, alaskan dengan lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya. Seelok-eloknya jangan pakai baju dalam agar susu boleh mengalir bebas.


Q. Apa yang dikatakan ''keliru puting'' yang menyebabkan bayi enggan menyusu?
A. Punca utama kenapa bayi enggan menyusu ialah bayi terlebih dahulu diberi susu botol sewaktu di hospital. Bayi menajdi keliru denagn kelainan puting ibu dan tidak mahu menghisap dengan betul dipayudara ibu. Dia sukar hendak belajar memasukkan puting kedalam mulutnya. Dalam kedudukan menghisap yang baik, puting dan areola akan meregang keluar bagi membentuk seolah-olah satu puting panjang di dalam mulut bayi. Lidah bayi akan menekan areola keatas sehingga terkena lelangit mulutnya. Cara ini akan menyebabkan susu mengalir keluar. Dalam kedudukan menghisap yang tidak baik, puting tidak berada cukup jauh ke dalam mulut bayi. Bayi hanya menghisap hujung puting sama seperti kaedah menghisap puting botol. Dengan cara ini, susu tidak akan keluar. Malah akan menyebabkan puting ibu terasa sakit. Kekeliruan terhadap puting terjadi apabila bayi diberi sekali atau dua kali penyusuan menggunakan botol. Jika ibu mencampurkan susu ibu dan susu botol, bayi mungkin mempunyai kecenderungan untuk memilih susu botol dan menolak susu ibu.

Q. Bagaimana jika bayi mengalami sakit tumbuh gigi dan enggan menyusu?
A. Jika bayi mendapat sakit mulut dan enggan menyusu, jangan paksa dia menyusu. Tunggu sehingga dia bersedia untuk menyusu. Dalam masa itu, perah sus untuk menjamin kelancaran pengalirannya. Kemudian, cuba letakkan bayi ke payudara. Dengan cara ini, bayi akan merasai pengaliran susu masuk ke mulutnya dengan cepat. Malah selepas beberapa minit menghisap, bayi sudah dapat merasai sedikit susu masuk ke mulut. Cadangkan ke ibu agar:
*Bawa bayi berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan mulut, kerongkong, dan telinga. Keengganannya mungkin disebabkan dia sakit. Dapatkan ubat yang boleh melegakan gusinya yang sakit.
*Jika bayi masih tidak mahu menyusu, perah susu dan berikan susu itu menggunakan sudu, cawan atau penitis ubat. Selepas beberapa hari,bayi akan kembali menyusu dipayudara
*Cuba menyusu diwaktu bayi sedang tidur atau mengantuk. Pada waktu ini, bayi tidak begitu sedar dan akan menghisap dengan baik.
*Cuba menyusu didalam bilik yang sunyi dan jauh dari gangguan> Cuba menyanyi dan mendodoikan bayi.
*Apabila bayi kembali menyusu dipayudara, ibu perlu menyusu denga kerap selama beberapa hari bagi menambah semual pengaliran susu yang terbantut ketika bayi enggan menyusu sebelum ini.

Q. Saya dapati susu saya berkurangan selepas mengambil pil perancang, apa patut saya buat?
A. Pil perancang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Kadang kala bayi enggan menyusu kerana perubahan rasa pada susu ibu yang disebabkan oleh perubahan hormon setelah memakan pil. Jika ibu memberitahu anda yang dia memakan pil dan bayi mula cerewet setiap kali waktu menyusu atau tidak mahu menyusu sama sekali, anda perlu merujuk ibu berkenaan kepada doktor atau klinik perancang keluarga agai ubu boleh mendapatkan kaedah perancang yang lain. Kadangkala, bayi enggan menyusu selepas berusia enam minggu. Ini mungkin berkaitan dengan pemeriksaan doktor seepas ibu tamat tempoh berpantang dan pengambilan pil selepas pemeriksaan itu.

Q. Bolehkah saya menyusu jika puting saya rata?
A. Bayi masih boleh menyusu walaupun puting ibu rata atau tenggelam. Puting yang rata boleh dikeluarkan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk atau menggunakan pam payudara sebelum penyusuan. Selepas ia ditarik keluar, puting akan cepat-cepat dimasukkan ke dalam mulut bayi. Puting akan berada dalam keadaan lebih baik tidak lama selepas bayi mula menghisap. Lama kelamaan, hisapan bayi akan menyebabkan puting yang rata atau tenggelam menjadi timbul. Dalam soal ini ibu boleh berjumpa dengan Kaunselor PPPLM.

Q. Bagaimana jika saya membawa bayi keluar dan saya harus menysu?
A. Bayi yang menyusu susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya bayi akan dibawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu di mana sahaja. Biasanya, pusat membeli belah ada menyediakan bilik yang sesuai untuk para ibu menyusu anak. Jika ibu terpaksa keluar tanpa membawa bayi bersamanya, ibu perlu memerah susunya dan diberikan kepada bayi menggunakan sudu atau cawan.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru, 53100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4107 3678/ Faks: 03-4107 2862
Email: ppplm@susuibu.org/ Website: www.susuibu.org
*sumber dari PPPLM

Sharing is caring~~

Friday, April 27, 2012

25 FAQ Dunia Penyusuan Susu Ibu~PART 1

9:42 AM 0 Comments
hari hujan ni saje lah kan berblogwalking, surfing2 dan Adaa ade jumpa sesuatu yang best untuk dikongsi bersama..Adaa tahu as a mom especially new mom or mom-to-be memang bnyk persoalan yang sering bermain tentang penyusuan ni..especially penyusuan susu ibu lah..so kali ni, adaa nk share lah sedikit soalan2 lazim tentang penyusuan susu ibu ni. Mana lah tau kot2 soalan yang selama ni ade difikiran kita leh terjawab melalui blog ku ini..so sile2 baca..dan disebabkan bnyk sgt soalan lazim ni, adaa bahagikan kepada 2 part (ecece mcm lord of the ring pulak nak ber 'part2' nih hehe)


Q. Betulkah menyusu bayi akan menjejaskan bentuk payudara?
A. Semasa hamil, ibu digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan payudara. Gunakan baju dalam yang boleh menyokong payudara dengan baik supaya mengikuti perubahan pada payudara semasa hamil. Menyusu anak tidak menyebabkan payudara menjadi kendur. Bagaimanapun, kurang penjagaan semasa hamil menyebabkan payudara menjadi kendur.

Q. Apakah persediaan yang perlu dibuat semasa hamil?
A. Memakai baju dalam yang boleh dibuka dari depan (nursing bra) boleh membantu ibu menyusu dengan selesa dan mudah.
#Elakkan menggunakan sabun untuk membersih puting payudara. Penggunaan sabun akan mengakibatkan kekeringan dikawasan puting dan areola.
#Ibu perlu membersihkan puting setiap kali selepas mandi. Menggosok dan mengurut puting secara perlahan boleh diamalkan sebagai persedian untuk menyusu ketika bersalin kelak.
#Buat pemeriksaan samada puting rata atau tenggelam.
#Banyak bersenam seperti berjalan-jalan.
#Banyak makan makanan seimbang.

Q.Bilakah saya harus mula menyusu bayi selepas bersalin?
A. Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jika ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja lahir adalah satu pengalaman yang cukup berharga. Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat hendak menyusu sebaik saja lahir. Jangan bimbang jika bayi mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin, selepas itu, baru dia berkeinginan hendak menyusu. Hisapan bayi pada payudara merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini menolong menyembuhkan sakit selepas bersalin.

Ehsan Wikipedia

Q. Apakah dia kolostrum?
A. Kolostrum dikeluarkan oleh payudara ketika bulan-bulan terakhir kehamilan. Ia kaya dengan protein dan antibodi yang dapat memberikan perlindungan kepada bayi dari segi jangkitan penyakit. Pada peringkat awal, bayi hanya memerlukan kolostrum sahaja.

Q. Bagaimana cara meletakkan bayi pada payudara?
A. Pegang bayi dengan selesa, rapatkan pada payudara dan mengadap badan ibu. Dadanya perlu mengadap dada ibu dan dagunya perlu berada diatas payudara. Picit puting agar keluar beberapa titisan kolostrum pada puting itu  bagi membolehkan bayi merasa atau menghidunya. Ampu payudara dengan sebelah tangan dan sentuh bibir bayi dengan lembut menggunakan puting. Dengan cara ini, bayi akan membuka mulutnya. Beberapa minit kemudian, mulutnya akan terbuka dengan lebih luas. Selepas itu masukkan puting secara perlahan-lahan kedalam mulutnya. Masukkan sebahagian besar areola kedalam mulutnya.
#Pastikan bayi boleh bernafas ketika menyusu dan lidahnya berada dibawah puting ibu.
#Pastikan penyusuan tidak menyebabkan rasa sakit. Jika terasa sakit, mungkin ada langkah yang tidak betul.


Q. Apakah yang disebut 'Demand Feeding' atau 'permintaan menyusu'
A. Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusu sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakan ibu berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan. Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah salah satu cara yang paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut 'permintaan menyusu' (demand) tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan. Meletakkan bayi dekat dengan ibu didalam bilik yang sama akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal.

Q.Kenapa menyusu awal itu penting?
A. Hisapan di peringkat awal sangat penting kerana:
1. Dapat merangsang pengeluaran susu
2. Dapat melindungi bayi dari jangkitan

Ketika bayi menyusu di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang bewarna kekuningan. Kolostrum ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian, mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan. Apabila berinteraksi dengan para ibu, anda perlu menekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena cirit-birit atau penyakit lain. Sebab kedua kenapa penyusuan awal sangat penting ialah kerana ia merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudiannya.

Q. Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air sementara menunggu terbitnya susu ibu?
A. Penting untuk memastikan bahawa bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu. Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapa hari sehingga susu ibu keluar sepenuhnya dalam kuantiti yang lebih banyak.

Q. Kenapakah bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?
A. Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu menjadi letih melayan permintaannya. Pada waktu ini, peranan dan sokongan anda dan ahli keluarga sangat-sangat diperlukan. Anda perlu meyakinkan si ibu bahawa dia perlu meluangkan banyak masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga, atau empat hari pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari. Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak penyusuan terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.


Q. Berapa lamakah saya harus menyusu pada sebelah payu dara?
A. Paling baik ialah memberikan penyusuan yang singkat tetapi kerap kerana cara ini dapat membuatkan susu keluar dengan lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan hisapan bayi.

*Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. bayi akan menentukan dengan sendiri bila masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga susu di payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasil di hujung setiap penyusuan. Susu yang keluar di ''akhir'' setiap penyusuan digelar ''hind milk''. Susu ''akhir'' ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Beritahu para ibu supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda samada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar ataupun tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga atau aktif mencari payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di saat-saat awal kelahirannya, seseorang bayi memerlukan penyusuan kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.

Q. Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?
A. Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyusuan. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi untuk menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat 6 atau 7 penyusuan sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangkamasa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu ketika proses bersalin.



Q. Apakah dia rooming-in?
A. Galakan ibu agar berada dalam bilik yang sama dengan bayi bagi membolehkan ibu menyusu atau membelai bayinya. Penyusuan pada waktu malam amat penting bagi bayi dan ibu. Ibu mendapat faedah dari segi rangsangan pengeluaran susu yang berkesan. Jika bayi diberi susu sebaik sahaja dia terjaga, bayi itu tidak akan mengganggu  ibu-ibu lain hendak tidur. Secara alternatif, jika bayi berada di dalam pusat penjagaan bayi di hospital, ibu boleh meminta agar bayi dibawa kepadanya sebaik sahaja bayi terjaga.


Q.Bilakah susu mula dihasilkan?
A. Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan. Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat dan berkrim. Secara perlahan-lahan iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan lebih cair, kebiruan dan berkeadaan seperti air. Ini rupa susu ibu yang sebenar.
*Sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu.
*Sesetengah bayi akan kehilangan berat badan dalam tempoh beberapa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula menghasilkan susu.

to be continued~~




Thursday, February 16, 2012

Panduan pengurusan EBM ketika travel~~

8:30 AM 1 Comments
As promised, kali ni Adaa akan share tentang pengurusan EBM ketika travel..i know, kalo working mom, mesti travel a lot especially time kursus..but syukur sbb slalunye menginap di hotel kan, cuma cabarannya adalah ketika nk bawa pulang EBM tu dan pastikan semua dalam keadaan yang baik..


Rasanya i'm not the best person to talk about this, coz i have no experience..n bnyk yang  Adaa perlu blaja. n since Adaa akan tinggalkan Eilman lagi for at least 3-4 days to be somewhere isolated i guess, so mmg perlu lah tau mcm mana nak handle EBM..banyak atau sikit itu bukan masalahnya..yg penting dpt menguruskan dengan cara yang betul. So kali ni Adaa nak share pengalaman rakan biz Adaa ni ketika beliau ke Korea..jauh tuhhhh  Thanx to MommaMia for the great (yes i mean really great) info


1. Apa yang diperlukan ??! 3 major items

a. Coolerbox

  • Coolerbox - besar (Cooling performance: 32h with Freez’Pack) dan kecil (Cooling performance: 9h with Freez’Pack)
  • Chiller dan ais pack
  • Tuala tebal - utk cover EBM dgn ais
  • Garam - ni guna masa travel back dengan ais 
  • Loy tape coklat - untuk seal coolerbox masa travel back to Malaysia

b. Bag Penyusuan 
  • Storage bag - simpan susu
  • Botol susu - 2 botol saiz 8oz. Digunakan untuk mengepam susu. Bawak 8oz lebih baik dari 5oz sebab takyah nak tukar-tukar botol masa mengepam bila botol penuh. Bila tengah syok-syok mengepam pastu berhenti sebab botol penuh, kekadang susu merajuk tak nak kluar... macam-macam kan?
  • Pump - Recommended pump manual atau battery operated, most of the time susah nak jumpa elektrik socket
  • Masking Tape & marker pen - utk label susu
  • Battery Energizer 
  • Plug adapter
  • Tuala kecil - untuk lap botol
  • chiller & cooler bag
  • Botol pencuci botol dan pump 
  • Nursing cover (option)
My best buddy
 Ameda memerlukan 6 biji battery skali pakai... 
Alhamdulillah sepanjang di Korea sampai pulang ke Malaysia 
suction pump dengan battery Energizer sangat cemerlang... 
Tahan lebih lama... Thank u so much!!

c. Positive Mindset


  "... Selalu berdoa mengharapkan yang baik agar yang baik akan berlaku...
Saya cuba positifkan diri saya kerana dengan cas yang positif kita akan kuat mengharungi semua cabaran yang datang... 
Sesungguhnya segala bentuk amalan kita dengan Allah perlulah berterusan...

Percaya & Yakin...
Allah Maha Pengasih Penyayang
Sentiasa berprasangka baik dengan Allah
Teruskan beramal dan berdoa


2. Bagaimana nak pack dan check-in into cargo


Semua item no.1 seeloknya di seal dengan plastik wrap sebelum ke kaunter check-in. Di Malaysia sangat mudah mendapatkan service wrapping nih. Tapi masa di Korea momma tak jumpa pun so terpaksa pakai Loy tape coklat untuk seal coolerbox tuh masa travel pulang ke Malaysia. Once dah seal dan puashati, g declare coolerbox yang dah diwrap as fragile, perishable and always keep upright. Nanti orang kaunter check-in akan put sticker.

 Service wrap di LCCT = RM5-RM10

As for Bag Penyusuan, bawa ler sebagai hand luggage. Reason mudah untuk buat projek dalam flight nanti bila. Flight ke Incheon, Korea lebih kurang 5-6 hours. Bleh 2x pump tuh... Tapi momma hari tuh 1x pump jer sebab tak tahan bengkak.  Lagipun takut tak lepas imigresen Korea bagi ke tak bawak masuk EBM. Alhamdulillah,  lepas. To be improved in next trip.

3. Dimana dan Bila nak mengepam??!
Momma tak suka dan akan cuba elak untuk buat projek mengepam  dalam tandas...  (masa travel hari tuh terpaksa sbb tak tahan bengkak...)... Kita kan nak bagi yang terbaik untuk anak kita mesti la cari tempat dan udara yang bersih. Kalo di Airport biasanya ada disediakan nursing room. Momma jumpa nursing room di Gimpo Airport. Kalo anda tak jumpa anda bleh menggunakan nursing cover untuk mengepam. Be kreatif kan... InsyaAllah to be applied during next trip dalam flight. Agar-agar ada orang yang terganggu ke??
 

Sebolehnya masa travel day to bagi direct feeding kat baby sebelum berlepas. So masa dalam flight tak ler bengkak. Semasa bekerja, kena cari masa untuk mengepam seperti biasa, Tapi kalo asyik meeting jer cane kan nak pump kan. So harus lepas kerja masa dihotel pump every 3h and put EBM inside the fridge hotel.

4. Nak simpan beku EBM atau cair??
Tengok duration kita travel. Kalo leass than 3 days, simpan EBM cair jer lebih mudah nak transport nanti...

Jika lebih dari 3 hari, harus ler dibekukan. Mintak jasa baik hotel untuk freezekan our EBM. Biasanya susah nak simpan kat Kitchen Hotel or bakery freezer. So tanya if there is any 2 door fridge available. Last time di Hyundai Hotel momma jumpa di bahagian receptionist.

5. How to make sure EBM safe in Hotel freezer??? 
Always insist untuk simpan EBM anda di fridge walaupun terpaksa difollow oleh hotel staff. Bukan mengada ek, tapi kita nak make sure that our EBM is always in good condition, and no one has touch it. Maner la tau kan. Also make sure to put label with your name, room number and a note saying that “Mom's milk inside – do not move”Mom's milk lebih sopan kot rather than Breast milk... heheh ni based on pengalaman la bila deal dengan recep lelaki. muka cam terkejut jer... Kalo bleh tulis dalam bahasa tempatan lagi baik. Next time akan letak dlm plastik  bag so that lebih mudah nak angkut pulang...
  



6. How to sterilise the breast pump while travelling?
Masak air gunakan kettle hotel and basuh pump and botol dengan air panas. Nak beli Sterilising tablet pun boleh. Guna sterilising tablet and soak the pump & accessories in the small cooler box. Bleh try next trip.

7. How to transport the EBM from foreign country back to home?
Setelah penat mengepam dan menyimpan, harus la make sure hasil perahan selamat ditransport dari foreign country back to home kan... Ni cabaran paling getir. Kena make sure we have enough ais. So kalo ais susah nak cari kena sediakan lebih chiller and ice pack.  Below ini how momma handle masa trip ke Korea. Boleh juga buat macam entry nih *item no.8 . Hari tuh tak sempat nak buat rujukan sebelum pulang. 
Ais yang berjaya diperolehi ditaburkan secukup rasa dalam coolerbox

 Ni ais dalam coolerbox yang kecik

Pastu tutup dengan tuala yang tebal yer
so that EBM bawah tuala tuh kekal sejuk & beku

 Then seal coolerbox tu sampai rasa secure tak akan terbuka walau
ditongang terbalik kan
Lagi satu seal ini juga to protect if ais tu cair, air tak meleleh kluar tau

Pastu check-in...declare as fragile, perishable and always keep upright. 
Nanti orang kaunter check-in akan put sticker lagi


So harap dapat membantu mommies pula kalo travel. Actually date for next trip ke Korea sudah ada... mid-Jan 2011. So harus la ulangkaji to make sure next trip lebih mudah dan tak ulang kesilapan lalu. Sesiapa nak apply untuk balik kampung pun boleh. Be creative ek...

Tu dia..panjang lebar tuu tapi full of info ( i like) so nnt boleh lah apply..


Sharing is caring~~