Dulu, Adaa tak pernah fikir pon tentang perkara ni. Bak kata org belum kene batang hidung sendiri, mmg tak ambil kisah lah. Tapi bila mula bergelar IBU, bila time pregnant, kita dah rasa penting untuk beri yang terbaik buat bayi dalam kandungan, dan diri sendiri. Apatah lagi bile lepas deliver..risau, kalo badan lemah, siapa pulak nak jaga baby..huhu Bila pregnant kali kedua, lagi lah..badan dah sampai ke tahap maksimum, mengandung ni perlukan bnyk tenaga ye..masa ni lah badan mcm kangkung layu huhu sampai bnyk kali gi klinik, doktor pun dah tak tahu nak wat ape hehe last2 advice nye, ''sile ambil multivitamin''
Bila dikira2 balik, dalam setahun tuh berapa bnyk duit yang habis kes pergi klinik aje..Adaa rasa, masing2 pon tau kan, kos perubatan sekarang bukan makin murah, lagi kan nak masuk toilet kene bayar kan? huhuhu
Kalau sebulan sekali gi klinik, sekali gi, kene lah RM30-50 , dalam setahun dah RM600. Itu kalau sebulan sekali and check biase..if kene warded, masuk spital, itu ini..ha..cecah beribu jugak kan?
Lagi satu, bila memikirkan history keluarga yang mmg bnyk penyakit, serta merta Adaa rs takut..tambah2 Adaa sendiri dah lihat macam mana azabnya Umi waktu sakit..Kalau boleh, Adaa xnk anak2 lihat Adaa pulak mcm tu..Itulah salah satu sebab kenapa hati ni terbuka nak memilih 'Health' over 'Wealth'.
Ini Adaa nak kongsikan satu artikel:
credit
ALOR SETAR, 6 Mac (Bernama) -- Tahap kesedaran tentang
penjagaan kesihatan pada kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan
kebanyakannya memandang remeh isu tersebut, kata seorang perunding kesihatan.
Dr Siti Norishah Saad berkata rata-rata rakyat negara ini
hanya ke hospital selepas mengetahui mereka mempunyai penyakit selain tidak
menitikberatkan konsep 'mencegah itu lebih baik daripada merawat'.
"Ini satu fenomena yang tidak baik kerana sepatutnya
mereka perlu mencegah penyakit sebelum penyakit itu menyerang kita,"
katanya kepada pemberita selepas Forum Kesihatan 'Inovasi Terkini Penyampai
Makanan Tambahan Melalui Teknologi Suspensi', di sini pada Ahad.
Dr Siti Norishah berkata berdasarkan satu kajian rakyat
Malaysia juga tidak mengamalkan pengambilan makanan tambahan untuk menampung
keperluan vitamin dan mineral oleh badan mereka.
"Kajian menunjukkan hanya 30 peratus rakyat Malaysia
mengambil makanan tambahan berbanding 56 peratus di Amerika Syarikat.
"Jika rakyat tidak mengamalkan tabiat makanan yang baik
dan tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral dan lain-lain keperluan
asas badan, mereka perlu mengambil makanan tambahan supaya dapat memperbaiki
dan menampung kekurangan nilai nutrisi makanan mereka," katanya.
Beliau berkata rakyat negara ini juga harus mengetepikan
sikap acuh tidak acuh terhadap isu kesihatan diri dan mengambil langkah
proaktif untuk kekal sihat.
30% tu sikit aje kan? Bagi Adaa, mmg patutnya kita mencegah dari mengubati..bila dah sakit, kene mkn ubat bnyk2..lama2 kidney terbeban, body pon sama..nanti mulalah datang penyakit lain. Masa tuh wang bnyk2 pon rasa tak berguna je..huhu
So, Adaa harap semakin ramai di antara kita yang sudi memilih kesihatan, jangan kerana sayangkan duit, kita sanggup x jaga kesihatan..Adaa tahu bukan semua mampu nak beli supplement mahal2, Adaa pon same je..hehe cukuplah kita mulakan dengan yang paling minimum..Multivitamin contohnya..kat pasaran melambak2..pilih aje, janji natural ye dan halal..apalah salahnya kalau melabur dalam RM0.60 sehari untuk kesihatan anda kan? Apalah sangat RM1.20 sehari untuk kesihatan anak..so fikir2 kanlah :)
*Jika anda fikir anda dah terlambat utk menjaga kesihatan, anda silap..it's never too late :). Jom sama2 kita mulakan sayangi diri & keluarga.
I'm a Shaklee Independent Distributor
Teras Jernang Bangi
HP No. =017-9329859
Email = adaanoor@ymail.com
::: These
statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These
products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
No comments:
Post a Comment