Follow Us @soratemplates

Friday, December 9, 2011

Ketahui 6 Keistimewaan Susu Ibu~~


December promo: VIVIX, it's worth it! PM for special price.

Pengalaman melahirkan 2 orang hero ni secara x langsung memaksa Adaa untuk belajar mcm2 pasal susu ni..tak kisah lah susu ibu ke susu formula ke..dari segi handling, nutrient, hygiene. macam2 lah..Adam mmg sepenuhnya susu formula..kemane2 bwk bakul aje ibu ni..minum pulak berbotol2..botol plak semua gemok2..dari kecik takde can nak gune botol kiut2 ni..sbb tuh body sampai skang pon mcm wrestler hehe time Eilman lak, breastfeeding..ha yg ni mudah sket sbb mmg direct feeding..tapi sometimes kalo kene tinggal, kena pump kan..kene lah blaja cara storage n everything..smp tumpang freezer aiskrim kedai cina pon penah..semua tuh pengalaman..
Bila difikir-fikirkan semula mmg terdapat keistimewaan susu ibu ni dan kesannya pada anak(of courselah kan)..tapi bagi yang terpaksa bagi susu formula, x pelah kan..Adaa tau mcm mana rasanya nk susukan anak, tapi x dpt..jadi jgn bersedih hati..tapi kalo susu ibu mencurah2..jgnlah pulak dibiarkan anak minum susu formula..sayang, rezeki TERBAIK dari Allah tu..sampai sekarang tiada satu jenama susu formula pun yang serupa dengan susu ibu..betapa hebatnya ciptaan Allah kan..ni adaa nak share 6 je dulu kelebihan susu ibu..nnt lain masa kite tambah2 lagi ye:

credit

1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.

2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.

3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.

4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.


5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.

6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.

Memang btol terasa bezanya..Adaa dpt perasan ade beza sbb sorang bf, sorang formula kan..mmg Adam, nak cecah umur setahun, rasanya almost every month demam..org kat klinik tuh mmg kenal dah pon..demam lak mmg demam panas lah.. ade satu video ni masa dia demam, dia nk angkat sekeping biskut pon x larat..beza dengan Eilman, demam kjp je, kdg2 konpius demam ke x ni? dan dari lahir smp 8 bulan, ini kali pertama demam panas 3 hari kes gigi rabbit 2 nak naik.mungkin juga sbb khasiat vitamin yg ibu mkn disalurkan pd dia..manje pon lain mcm..Adam rasanya dah terlalu manja, rupenye adik dia lg over..berpeluk je dgn ibu 24 jam huhu


bagi ibu2 yang masih tercari2 set menyusu yang bersesuaian, boleh pm Adaa ok? or u can read Breastfeeding Set: SET B ,SET E OR TRIPPLE M FOR ME?

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Nak tahu apa yang sesuai dengan budget anda? Boleh emailkan adaanoor@ymail.com atau sms kan kepada saya 017-9329859 untuk pesanan dan consultasi percuma serta promosi terkini. Pelanggan MyInspiration juga layak untuk menerima mysteri free  gift, jadual makan, tips eksklusif dan menyertai group tertutup kami di FB untuk mendapatkan konsultasi berterusan


No comments:

Post a Comment