Follow Us @soratemplates

Showing posts with label gemuk. Show all posts
Showing posts with label gemuk. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Shaklee vitamin mahal?? No laaahhhh

8:00 AM 0 Comments
Mula2 dulu Adaa langsung x terfikir nak cuba apa2 supplement..mmg x berminat lah, bak kata org skang malas nak amek pot haaa hehe tapi bila kesihatan merudum..hape pon tak mampu nak buat..rumah pon tak mampu nak urus padahal bukan besar sgt apartment kami dulu..letak kepala je tido letak je tido..hermm mcm mana tuh? sampailah Doktor Aishah (nama sebenar hehe) nasihatkan Adaa makan supplement, barulah nak  mencari..dan bertemulah dengan Shaklee..mula2 mmg rasa mahal tapi demi nak sihat, try aje lah..hehe set yang Adaa ambil memula dulu SET A+ESP+FIBER..sekarang TRIPPLE M+FIBER+GLA+VIT E+LECITHIN untuk Adam pulak MEALSHAKE yang yummy! LOve, loVE Them aLL!


Bila dah cuba, wang yang mulanya 'terbang' tadi tu rasa berbaloi sbb rasa bertenaga, dapat layan anak seharian kat umah, walaupun pregnant mampu menapak dan memanjat rumah di tingkat 5 tuh dengan jaya nye..kdg2 siap bawak barang2 yang banyk (sbb husband kene dukung Adam yang berat 15-16kg masa tu)..masak, kemas rumah, Alhamdulillah dah mampu..walaupun pada mulanya ambil vitamin untuk lebih bertenaga tapi kesan lain pulak yang Adaa dpt, n for sure positive one lah..contohnye..Gestational Diabetes terkawal, bersalin kali ni jauh lebih bertenaga dari yg first (x memerlukan sebarang ubatan) , luka cepat baik, dan yang paling best kali ni dengan bantuan Shaklee (dan izin Allah juaa) Adaa berjaya bf Eilman..Syukur sgt2...x ternilai rasanya..Adam dulu setitis pun tak merasa..hukhuk tapi Ibu loves u both!

Anak-anak Ibu

Jadi, walaupun mulanya rasa mahal..tapi InsyaAllah mampu..beli trial pack pon boleh for 30days..
Ni Adaa nk share satu testi dari customer Genkimomma yang kata awalnya rasa mahal tapi dengan benefit yang dia dapat..dia berpuas hati..jom baca!
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sue merupakan salah seorang customer baru GenkiMomma, dan juga pertama kali mencuba produk Shaklee. Beliau sememangnya mengutamakan kesihatan, dan sebelum ini juga pengamal suplemen tegar yang dibeli dari farmasi biasa.

Masih ingat lagi, 1 Ramadhan yang lepas saya terima SMS darinya yang ingin mencuba suplemen Shaklee dengan tujuan untuk menambah tenaga, mencantikkan kulit, mengelakkan rambut gugur dan membuang sedikit lemak di badan.

Jadi suplemen yang beliau ambil buat permulaan ialah B-Complex, Vita-C, Zinc & Fiber unflavored. Dan, jom ikuti apa kata Sue selepas seminggu mengambilnya...

"Saya rasa baru tak sampai seminggu ambik vit tu semua. Tapi perasan badan tak letih, ngantuk, hubungan suami isteri ++ baik. Tak sangka... tapi rasa perubahan!"
 
Alhamdulillah, seriously saya juga tumpang happy!!!

Inilah kelebihan mengambil suplemen, terutama suplemen Shaklee. Asalnya kita mungkin mengambil suplemen untuk tujuan A-B-C, namun, tanpa kita sedari, kita turut menikmati khasiat X-Y-Z yang pastinya sangat-sangat berbaloi dengan RM yang telah anda belanjakan! Suami pun bertambah sayang... opppsss!

Owh, saya tahu, ramai yang menyangka vitamin Shaklee nie mahal, kan? Tak kurang juga yang menggelarkan Shaklee sebagai vitamin mewah. Sebenarnya, tidaklah mahal manapun jika nak dibandingkan dengan harga kesihatan anda. 

"Bagus vits ni sume kak. Berbaloi2 dengan harga.
Saya ingatkan Shaklee ni mahal. Heh"
jadi..bagi sesiapa yang nak mendapatkan vitamin Shaklee, tak kisahlah pek percubaan atau fullpack, pm Adaa utk harga promosi ye  Promosi SET A dan SET B masih on! Cuba dulu baru tau :) 017-9329859/adaanoor@ymail.com

Tuesday, September 20, 2011

Weight management: Risiko kegemukan dan obesiti

11:24 AM 0 Comments
''Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, 43.1 peratus penduduk negara ini mengalami masalah kegemukan dan 16 peratus daripada mereka adalah obes.''

''Peningkatan dua kali ganda berbanding 10 tahun lalu ini membimbangkan pakar perubatan kerana ia mendekatkan ramai orang dengan pelbagai penyakit gaya hidup kronik seperti diabetis, sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan masalah mental.''

Rasa gerun bila tgk statistik pasal kegemukan ni..bukan gemuk yang kita takutkan tapi penyakit2 yang disebabkan kegemukan/obesiti ni yang kita takutkan..Memang tak dinafikan ramai diantara kita ni tak mahu gemuk sbb nak nmpk cantik tapi bagi Adaa sendiri, rasanya kesihatan lebih utama..kalo cantik tapi sakit, buat apa kan..

Sebab tu kesedaran tentang pentingnya mengamalkan cara hidup sihat ni perlu sangat2 kita warwar kan..peringatan ni bukan shj utk anda tp utk yang sedang menulis ni haaa Tambahan pula jika keluarga kita mmg dah ada history mudah gemuk/obes..baik mula jaga dari sekarang..huhu Pengumpulan lemak dalam badan ni bukan shj buat kita nmpk x menarik tapi yang paling utama, lemak2 nilah yang membuatkan kita sgt berisiko untuk sakit.. Jom tgk sikit ape risikonye dan penyakit ape yang Adaa maksudkan ye


Lemak adalah sumber tenaga terakhir yang digunakan badan, justeru kita perlu bersenam untuk menggunakan tenaga ini. Lemak paling degil dan susah dikurangkan ialah di pinggang atau dipanggil lemak viseral.

Lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.

a. Mati awal (disebabkan penyakit)

# Diabetes

# Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.

# Strok.

# Gangren.

# Tekanan darah tinggi.

# Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).

# Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

# Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.


b. Menjalani kehidupan yang menyakitkan

# Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.

# Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.

# Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).

# Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.

# Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.

# Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.

c. Kesan psikologi

# Resah dan gelisah.

# Tertekan dan murung.


Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti. Antaranya ialah:

a. Penurunan kadar kematian

# Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan.

# Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis.

# Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti.

b. Tekanan darah tinggi — tekanan sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10 peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg.

c. Diabetis

# Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan).

# Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis.

d. Kolesterol

# Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan.

# Penurunan 15 peratus kolesterol LDL.

# Penurunan 30 peratus trigliserid.

# Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.
-----------------------------------------------------------------------------------------------


Sebab tulah, penting untuk kita jaga kesihatan badan kita..Ingat ye, tubuh kita ni pinjaman dari Pencipta..esok2 nak kene pulang baik..takkan nak bagi yang rosak ye tak? Kalau kita bagi pinjam kat orang kereta kita, tau2 je dia pulangkan kereta yang dah rosak..nak ke kita terima? Mestilah takmau kan..Sama jugalah keadaannya..selagi berpeluang menjaga diri dengan  baik, jagalah..hargai jasad pinjaman Pencipta ni..

Bila dah tau risiko obesiti dan kegemukan ni, Adaa pun rasa nak jaga lah diri, dulu sikit pon tak pernah kisah tentang kesihatan tubuh badan..bila sekali dah sakit..barulah tergadah mencari punca..sebaiknya masa sihat ni startlah hargai diri kan..kalau mampu makan makanan berkhasiat setiap hari, silalah..bagi yang x sempat, disinilah pentingnya supplement..tak kisahlah jenama apa, asalkan sesuai dengan diri masing2..Adaa dah pilih Shaklee..kalo nak join sekali, jomlah..if not, nasihat Adaa just jaga pemakanan ok? 
Pilihan Saya: Fiber

Pilihan Saya: Lecithin

Bagi yang nak menurunkan berat badan, Adaa boleh suggest a few ways depends on ur budget dan kesuaian..nak tahu more? klik here

Untuk dapatkan produk yang sesuai dengan harga yang terendah beserta promosi hebat, boleh hubungi Adaa.. cepat2! 017-9329859 or adaanoor@ymail.com

Sayangi diri anda :)

Kenapa kita boleh jadi GEMUK?

8:00 AM 0 Comments
 Adaa amat tertarik dengan article dari kak n ni..yelah, semua org nak cantik, nak kurus, tp sedarkah kita kenapa kita boleh jadi gemuk? kalo tahu dari awal, takyah lah susah2 cari product untuk kuruskan badan kan hehe Penting untuk kita tahu apa yang menyebabkan kita gemuk adakah sebab pemakanan? gaya hidup? Kurang exercise? Kenapa Adaa kata penting? Sebab, jika kita tahu dari awal, bolehlah kita elakkan, bukan sj dapat elak berat badan berlebihan, mungkin juga membantu kita mengelak dari masalah lain seperti darah tinggi, obesiti, kolesterol tinggi dan yang berkaitan.. Nway, jom baca!  

credit


Apa yang dapat ibu simpulkan di sini ialah, mari kita elakkan mengambil gula dan kafien berlebihan dalam diet harian kerana dua ini menyumbang ke arah kegemukkan. Terutama mereka yang bergantung dengan minuman di dalam tin untuk meningkatkan penghasilan susuibu tetapi dalam diam ianya memberi mudharat kepada kesihatan dan bentuk tubuh badan si ibu. Kekurangan pengambilan air yang secukupnya juga boleh menyumbang ke arah kegemukkan.



Di sini akan kita bincangkan misteri mengapa anda semakin hari semakin mudah gemuk. Artikel menarik untuk dikongsi.

Anda mungkin fikir disebabkan pemakanan anda yang kaya dengan lemak menyebabkan anda gemuk. Ini mungkin separuh benar tetapi yang sebetul-betulnya ialah respons badan anda terhadap karbohidrat yang berlebihan menyebabkan badan anda menjadi gemuk sehingga sukar dikawal lagi. Pemakanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat (seperti roti, tepung dan makanan ruji) meningkatkan perembesan hormon insulin dari kelenjar pankreas. Bila paras insulin itu tinggi, makanan yang dimakan lebih mudah ditukarkan menjadi lemak badan dalam bentuk trigliserida. (Paras trigliserida yang tinggi sebenarnya merupakan antara faktor yang penting bagi mendapat penyakit jantung).

Paras insulin yang tinggi bukan sahaja meningkatkan kolesterol dalam darah, malah ia menyumbangkan ke arah kegemukkan. Mengapa sedemikian? Kerana di dalam konteks ini, yang menjadikan anda gemuk bukan sahaja sekadar lemak, tetapi juga disebabkan oleh terlalu banyak gula di dalam pemakanan.

Antara tugas hormon insulin ialah juga untuk menukarkan gula kepada glikogen, yakni sejenis bentuk penyimpanan gula di dalam badan. Glikogen disimpan di hati dan juga di bahagian otot badan. Apabila gula diperlukan oleh badan, glikogen akan ditukarkan kepada bentuk gula yang boleh digunakan oleh badan sebagai punca tenaga segera.

Bila anda memakan gula dan karbohidrat, separuh dari gula itu digunakan untuk membekalkan tenaga pada badan, separuh lagi ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan. Hanya 2,000 kalori sahaja jumlah tenaga yang boleh disimpan sebagai glikogen, manakala lebihannya akan ditukarkan kepada lemak.

Insulin juga akan menghalang lemak badan dari digunakan dari tempat simpanannya kerana badan anda sudah pun mendapat tenaga yang cukup darai pemakanan karbohidrat yang berlebihan itu. Dengan kata lain, insulin ialah hormon yang membuatkan anda menjadi gemuk. Ia pada dasarnya sejenis 'hormon penyimpan' yang menyimpan kemas lemak pada badan anda. Ia menukarkan separuh dari karbohidrat pada lemak untuk disimpan, membuatkan badan anda semakin susah untuk memecahkan atau menghilangkan lemak yang sedia ada.

Kitaran makan berlebihan karbohidrat dan tindakan hormon insulin inilah sebenarnya penyebabnya anda gemuk di samping gaya hidup moden yang membuatkan anda leka dan tidak menjalankan cukup pergerakkan yang boleh membakar karbohidrat yang dimakan itu sehingga ianya disimpan sebagai lemak. Manusia sekarang ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya menjadi mesin penghasil lemak jika terlibat dalam kitaran tersebut.

Pemakanan yang tinggi karbohidrat dan gula akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah secara mendadak. Untuk mengatasi peningkatan tersebut, insulin dirembeskan ke dalam pengaliran darah untuk menurunkan semula paras gula yang tinggi tadi. Akan tetapi disebabkan insulin ini pada dasarnya merupakan 'hormon penyimpan', disebabkan ianya dirangsang oleh paras gula yang tinggi itu, akan menyebabkan insulin menggerakkan dengan agresifnya proses penukaran gula kepada lemak yang seterusnya disimpan. Di sini hampir separuh dari pemakanan karbohidrat yang dimakan akan ditukarkan kepada lemak badan. Peningkatan hormon insulin bukan sahaja menukar gula yang tidak digunakan kepada lemak, ianya juga memberitahu sel lemak badan anda agar tidak membebaskan lemak yang telah tersimpan. ini membuatkan hampir mustahil untuk anda menggunakan lemak badan anda untuk penghasilan tenaga. 






Kesimpulan di sini, lebihan karbohidrat tadi bukan sahaja ditukarkan menjadi lemak tetapi juga memastikan lemak yang sedia ada kekal disimpan pada sel lemak badan anda. Seperkara lagi, paras insulin yang tinggi turut akan merencatkan penghasilan hormon glukagon (sejenis hormon yang bertentangan kesan hormon insulin iaitu menggalakkan pembakaran gula dan lemak).

Akhir sekali insulin juga menyebabkan anda berasa lapar setelah ia menurunkan paras gula tadi secara mendadak. Ini berlaku mungkin selang beberapa jam dari waktu anda makan sebelumnya. Jika anda mengalah pada perasaan lapar, maka anda akan makan semula dan kitaran ini berlaku berulang-ulang sehingga anda boleh diumpamakan sebagai mesin penghasil lemak.             

Tahukan anda, pengambilan Lecithin membantu membakar lemak dalam tubuh kita? Bagi yang ingin menyingkirkan lemak2 berlebihan tu boleh cuba..bukan semata-mata demi kecantikan ye tapi kesihatan yang lebih utama..Amalkan gaya hidup sihat..



Bagi yang ingin mendapatkan lecithin pada harga istimewa dan mengetahui promo september yang hebat2 ni just contact Adaa at 017-9329859 or adaanoor@ymail.com