Follow Us @soratemplates

Showing posts with label susu. Show all posts
Showing posts with label susu. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Vitamin Shaklee bnykkan susu? Btol ke??? herm,...

1:25 PM 0 Comments
Hari ni hari supermak saya jd x sempat nk mengarang panjang2. tapi ade satu perkara yang sgt menarik untuk Adaa kongsikan..ibu2 plz read ye


set b

credit: anakkuwiraku.com

Saban hari banyak blog yang menulis mengenai testimoni diri mereka sendiri tentang pengambilan vitamin Shaklee.

Rata-rata adalah dari golongan ibu yang menyusukan anak mereka.

Antara perkara yang dicoretkan
  • susu berwarna kuning dan pekat
  • anak minum sedikit dan mudah kenyang, senang nak buat stok susuibu
  • ibu lebih bertenaga
  • hubungan suami isteri bertambah intim
  • penghasilan susu meningkat
Namun bagi yang baru menjadi ibu, ibu yang sedang dalam masalah penyusuan dan ibu yang tercari-cari milk booster akan terus membuat andaian...

Vitamin Shaklee bagus untuk membanyakkan susuibu!

Jujurnya statement ini kurang tepat kerana anda perlu tahu mengapa anda perlukan vitamin.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada dasarnya saya mengambil vitamin Shaklee sejak masa mengandung kerana mahukan kesihatan yang optimum serta saya mahukan anak saya lahir dengan otak yang bijak dan tubuh badan yang sihat!

Pada dasarnya saya mengambil vitamin Shaklee semasa menyusukan mereka kerana pengambilan diet makanan saya yang tidak seimbang dimana pengambilan sayur yang jarang-jarang, minum susu yang sekali sekala, makan buah kadang-kadang dan kerana saya sendiri tahu kekangan yang saya lalui akan membuatkan kandungan nutrisi dalam susuibu akan diserap daripada tubuh saya dan JIKA perkara ini dibiarkan berlarutan tanpa diganti dengan sepatutnya maka saya akan senang letih, senang sakit, mood bersama suami akan berkurang, diri dan rumahtangga jadi tak terurus dan akhirnya saya akan kelihatan lebih tua dari umur saya. Serta inilah perkara-perkara yang dilalui oleh ibu-ibu yang bekerjaya dan disamping menyusukan anak mereka.

Kerana tidak mahu berlarutan dan mendapat padah serta akibat, saya membuat keputusan untuk makan vitamin secara konsisten!

HAKIKATNYA pengambilan vitamin oleh ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya adalah untuk memastikan si ibu dan si anak mendapat khasiat yang seimbang sepenuhnya.

Kereta yang dijaga maintainance nya akan bergerak lebih lancar di atas jalanraya.

Sama juga dengan ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Jika si ibu itu sihat, insyaAllah kandungannya tidak meletihkan baginya.
Jika si ibu itu sihat, insyaAllah badannya dapat menghasilkan susu dengan lebih lancar dan efisien.

Secara jujurnya saya maklumkan: pengambilan vitamin memberi kesan yang positif bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Bagi ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu...pengambilan vitamin akan memberikan kesan berikut adalah benar sama sekali
  • susu berwarna kuning dan pekat
  • anak minum sedikit dan mudah kenyang, senang nak buat stok susuibu
  • ibu lebih bertenaga
  • hubungan suami isteri bertambah intim
Vitamin yang dimaksudkan ialah vitamin asas seperti multivitamin, b complex, vitamin C, protien @ESP, kalsium dan alfalfa. Setiap vitamin ini memberi fungsi yang berlainan namun atas satu tujuan iaitu kesihatan yang menyeluruh. JUJURNYA PENGAMBILAN VITAMIN MENGKAYAKAN NUTRISI DALAM SUSUIBU!

Namun bagi mendapatkan hasil seperti ini.....

penghasilan susu meningkat

Saya selalu tekankan 3 perkara :

1. pam dengan konsisten setiap 3 jam atau kerapkan bayi menyusu untuk menghasilkan ransangan kepada payudara untuk menghasilkan lebih susu. Jangan sesekali tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak. Jarak sesi perahan yang terlalu jauh iaitu melebihi 3 jam boleh menyebabkan penghasilan susu akan mula merosot dan lama kelamaan susuibu akan kering.

2. minum sekurang-kurangnya 3L air sehari...ini kerana air diperlukan untuk penyerapan vitamin dengan lebih menyeluruh.

3.DOA yang berterusan. Doa ini yang membantu keyakinan kita kepada Allah kerana dengan izin Allah jualah rezeki susuibu itu mengalir dengan lebih banyak.


Bagi sesiapa yg membeli vitamin dari Adaa, boleh dptkan konsultasi ye supaya anda mendapat kepuasan maksimum insyaAllah..

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh emailkan adaanoor@ymail.com atau sms kan kepada saya 017-9329859 untuk pesanan dan consultasi percuma serta promosi terkini

Tuesday, November 1, 2011

Susu dan kepentingannya untuk IBU HAMIL~ nak baby sihat, pandai, sile minum susu =)

11:07 AM 0 Comments
Sejak setahun dua ni ramai kwn2 berkahwin dan tgh tunggu nk menimang baby..maklum laa mmg tgh umur2 berkahwen..tuh yg sampai kdg2 satu hari ade 2 kwn buat kenduri hihi meriah gitu..tapi tak kurang jugak yg dah lama kawen tp tgh menunggu menimang baby jugak tapi bukan 1st lah, yg second, third dah hhehe. Oleh sbb tu lah Adaa rasa terpanggil utk share satu ilmu untuk ibu hamil  aka mak buyong ni ..pasal susu..Adaa tau memang ramai yg liat sgt nk minum susu kak,  kalo sebulan sekali x kira ek..tak aci..ni tiap2 hari punya cerita ye..susu ni kalo x mengandung pon dah penting, apatah lg waktu pregnant..dalam entry Adaa yg dulu  bertajuk Manfaat besar susu: Ostematrix Shaklee ~~ade dinyatakan betapa perlunya kita ni minum susu..


Tapi kali ni khas utk ibu hamil PLZ READ yeee..


KANDUNGAN NUTRISI DALAM SUSU KHUSUS IBU HAMIL

KALORI
  • Manfaat: Ia menyumbang sumber tenaga kepada ibu hamil
  • Kandungan/gelas: 150 kalori
  • Keperluan/sehari: 240 kalori
PROTEIN
  • Manfaat: Membentuk sel-sel tubuh janin dan menambah berat badan janin
  • Kandungan/gelas: 10.4 gm
  • Keperluan/sehari: 72 gm
KALSIUM
  • Manfaat: Mencegah keracunan kepada kehamilan, pre-eklamsia. Menjana pertumbuhan otot, jantung, saraf dan sistem enzim janin
  • Kandungan/gelas: 400 mg
  • Keperluan/sehari: 1000 mg
ZAT BESI
  • Manfaat: Membentuk sel darah merah ibu dan janin, memelihara kehamilan sehingga waktu bersalin dan membina sistem enzim pada susu ibu.
  • Kandungan/gelas: 10 mg
  • Keperluan/sehari: 30 mg
ASID FOLAT
  • Manfaat: Membantu pembentukan organ janin, mengelakkan cacat tulang belakan(spina bifida) dan gangguan pertumbuhan otak janin.
  • Kandungan/gelas: 400 ug
  • Keperluan/sehari: 400 ug
AHA/DHA
  • Manfaat: Komponen penyusunan membran sel otak dan menyediakan air susu berkualiti.
  • Kandungan/gelas: 20 mg
  • Keperluan/sehari: 9 mg
ZINK
  • Manfaat: Meningkatkan sistem kekebalan tubuh ibu dan janin
  • Kandungan/gelas: 2.5 mg
  • Keperluan/sehari: 2.5 mg
VITAMIN A
  • Manfaat: Membantu pertumbuhan kulit, tulang dan mata janin serta mengurangkan risiko kanser.
  • Kandungan/gelas: 1000 IU
  • Keperluan/sehari: 2100 IU
VITAMIN B1
  • Manfaat: Melepaskan tenaga daripada makanan bagi membolehkan ibu mendapatkan nutrisi dengan sempurna.
  • Kandungan/gelas: 0.45 mg
  • Keperluan/sehari: 1.1 mg
VITAMIN B2
  • Manfaat: Metabolisme asid amino, asid lemak dan karbohidrat.
  • Kandungan/gelas: 0.45 mg
  • Keperluan/sehari: 1.3 mg
NIACIN
  • Manfaat: Mengurangkan rasa mual dan muntah ibu hamil
  • Kandungan/gelas: 5 mg
  • Keperluan/sehari: 12.9 mg
VITAMIN B12
  • Manfaat: Pembentukan sel darah merah, sumsum tulang dan saraf ibu dan janin.
  • Kandungan/gelas: 1 ug
  • Keperluan/sehari: 1.2 mg
VITAMIN C
  • Manfaat: Pertumbuhan tulang dan gigi janin
  • Kandungan/gelas: 48 mg
  • Keperluan/sehari: 60 mg
FOSFUR
  • Manfaat: Pembentukan tulang dan gigi
  • Kandungan/gelas: 300 mg
  • Keperluan/sehari: 650 mg
SODIUM
  • Manfaat: Mencegah keguguran dan membantu pertumbuhan sel otak janin
  • Kandungan/gelas: 50 ug
  • Keperluan/sehari: 180 ug



Kadangkala susah untuk kita sukat dlm segelas susu, mencukupi ke nutrien yg diperlukan untuk ibu dan janin? haa sbb tuh kene ambil tahu ye..kalau susah nak sukat, apatah lagi bg yang liat nk minum susu, jgn risau..dalam set kehamilan kami yg br je di re-branding bulan lepas (EU-FOUR PACK) ada Ostematrix yang dilengkapi dengan mineral kalsium jadi, adelah alternatif buat anda..Adaa dulu pon sbb x dpt nk minum susu tiap2 hari, jadi Adaa consume je ostematrix ni..senang hehe ditambah pula dengan set lengkap untuk ibu hamil, mmg berbaloi, x letih, bertenaga, yang penting, tak pernah cramp mlm2, tak sakit belakang.

Baby Shaklee ku hehe

Jika anda dpt ambil Ostematrix dan minum susu lagi bagus ye..bukan untuk sesiapa..untuk anda dan baby jugak kan..Jadi? Fikir2kan lah..


sila tekan 'like' button dan nntkan kelebihan yang bakal anda perolehi. PM Adaa untuk keterangan lebih lanjut
 
Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh emailkan adaanoor@ymail.com atau sms kan kepada saya 017-9329859 untuk pesanan dan consultasi percuma serta promosi terkini.
.

Monday, July 25, 2011

Manfaat besar susu: Ostematrix Shaklee ~~

10:48 PM 0 Comments
Petang smalam saja lah ajak husband ambil2 angin petang, last2 ke Giant perginye hehe. Sambil jalan2 tepi booth Anlene, abang tuh cakaplah, ada pemeriksaan tulang percuma, cuma seminit je (guna mesin auto je utk check ketumpatan tulang). Apa lagi saya ngan husband pun trylah..Nervous jugaklah sbb tak pernah check tulang hehe.

Check punye check result pun keluar..jeng jeng jeng..tahap kesihatan tulang saya hanyalah di paras 'sederhana baik' sahaja..mm mula lah cik husband berlagak sebab tulang dia 'baik' tp still dinasihatkan ambil susu untuk tingkatkan lagi kesihatan tulang..kenapa kene minum susu..sbbnya? susu ada kalsium, kalsium baik untuk tulang..apa lagi kebaikan susu? jom tinjau..

Dipetik dari MyMetro:

Manfaat besar susu
Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my



SUSU adalah sejenis makanan yang kaya dengan nutrien dan dipenuhi sumber vitamin serta mineral baik seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium.

Tahukah anda daripada hidangan makanan yang diambil setiap hari, tiada satu pun menyamai kepentingan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segelas susu selain turut digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Dianggarkan bermula tahun 9000 sebelum Masihi lagi, manusia mula meminum susu bagi menjaga kesihatan tubuh badan. Malah, susu juga adalah sumber nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak pada peringkat awal perkembangan tumbesaran mereka dan ia harus diamalkan sepanjang usia.

Manfaat ini boleh diperoleh secara terus dengan meminum susu ataupun mengambil produk tenusu seperti keju, mentega susu, dadih, minyak sapi, aiskrim dan pelbagai lagi.

Walaupun sedar kebaikan susu tetapi masih ramai wanita yang cuba mengelaknya atas pelbagai alasan termasuk tidak boleh menerima rasa semula jadi susu dan masalah tidak toleran dengan gula susu yang menyebabkan mereka cirit-birit setiap kali mengambil minuman berkhasiat ini.
Sumber kalsium yang ada di dalamnya juga membantu mencegah tubuh daripada mengalami penyakit kronik berbahaya.

Ada beberapa sebab lain mengapa kita perlu minum susu atau mengambil produk tenusu iaitu: - Mencegah masalah osteoporosis atau tulang rapuh. Individu dewasa memerlukan 1,000 hingga 1,200 miligram kalsium sehari dan minum susu yang diperkaya dengan mineral ini cara paling mudah untuk mendapat bekalan kalsium harian.

Oleh kerana tulang sentiasa mengalami proses kemerosotan dan pembinaan semula, isu terlewat menjaga kesihatan tulang tidak timbul. Susu boleh diambil pada semua peringkat umur sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa atau orang tua.

Kita akan mengalami osteoporosis (tulang rapuh) jika terus membiarkan tulang merosot, sedangkan perkara ini boleh dicegah dengan mengambil makanan kaya kalsium seperti susu dan produk tenusu, mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam.

- Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein. Satu pek dadih rendah lemak contohnya mampu membekalkan satu pertiga daripada keperluan kalsium harian anda dan hampir 17 peratus protein.
- Vitamin D - Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium, malangnya ia sering dipinggirkan. Badan kita boleh menghasilkan vitamin D jika mendapat cukup cahaya matahari (terutama pada waktu pagi).

Cara paling mudah ialah minum susu rendah lemak yang diperkaya dengan vitamin D. Ada kajian mendapati vitamin D juga boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.

- Tingkatkan ketumpatan tulang - Kajian di Finland ke atas gadis remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan kaya kalsium (seperti keju) mempunyai ketumpatan tulang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil keju.

- Tekanan darah - Kajian ke atas 5,000 orang dewasa di Sepanyol mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak (susu skim dan susu rendah lemak) dalam masa dua tahun kurang berisiko (54 peratus) mengalami tekanan darah tinggi.

Penyelidik berpendapat perkara ini ada kaitan dengan protein dalam susu rendah lemak (kasein dan whey) yang dikatakan mempunyai tindakan lebih kurang sama dengan ubat merendahkan tekanan darah.

- Sindrom metabolik - Berdasarkan data diperoleh daripada 827 responden (lelaki dan wanita), penyelidik Iran merumuskan individu yang mengambil produk tenusu rendah lemak mempunyai ukuran pinggang lebih kecil dan kurang risiko alami sindrom metabolik - iaitu sindrom yang mendekatkan kita dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kita disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Bagi sesiapa yang suka minum susu mungkin tidak mengalami masalah tapi macam saya ni yang liat nak minum susu, alternatif lain ialah melalui pemakanan. Tapi berapa ramai di antara kita yang berjaya mendapatkan 1000mg kalsium sehari? Saya makan jugak tempe, cheese tapi takdalah tiap2 hari..hehe jadi pilihan saya? tentulah Ostematrix Shaklee..selain membantu 'up' kan kesihatan tulang, Ostematrix ni saya ambil untuk bantu saya dalam production susu untuk Eilman..

Some info abt Ostematrix ( from shaklee2u website)
Comprehensive, Clinically Proven and Easy to Swallow
Clinically proven Shaklee OsteMatrix provides a unique matrix of critical nutrients that go beyond calcium to build and maintain strong bones and teeth. Consumption of just two caplets of OsteMatrix resulted in statistically significant increase in blood calcium levels as measured over a 12-hour period.
Functions of OsteMatrix: -
  1. Help retain normal blood pressure
  2. Assist in muscle contraction and nerve transmission.
  3. Help reduce PMS symptoms such as bloating, cramps, water retention, irritability and moodiness
4 biji Ostematrix memenuhi keperluan kalsium harian (1000mg) kerana setiap tablet Ostematrix mengandungi 250mg nutrien yang diperlukan. Ostematrix SHAKLEE bukan aje kalsium, malah mengandungi magnesium, Vitamin D, zinc dan banyak lagi. Yuk try yuk! bagi yang berminat bolehlah contact saya ye.

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh emailkan adaanoor@ymail.com atau sms kan kepada saya 017-9329859 untuk pesanan dan consultasi percuma serta promosi terkini.