Follow Us @soratemplates

Monday, October 3, 2011

Testimonial: Pengalaman Pn Wan Su hamil dan berpantang dengan Shaklee~~BEST!

12:08 PM 0 Comments
Dengan mood yang excited Adaa nak mula bercerita ni hehe tadi terbaca testimonial Pn Wan Su tentang bagaimana dia jatuh chenta dengan Shaklee ni..(akan dishare dibawah,sabarrr)..bukan apa..Adaa tersengih baca sbb Adaa dah penah rasa..been there, done that, felt it! Mmg lah, kalo bersalin yang paling mengerikan adalah bab nak baik  luka..uih ngerinye Tuhan saja yang tahu, tambah2 yang c-sec kan..huhu Adaa bersalin dua2 secara normal, jadi x tahu bagaimana sakit kene operate tapi kakak Adaa, Pn Aidamy and biras Pn Fazlina dua2 bersalin c-sec..According to my sis mmg sakit n Adaa mmg tahu sakit tp tahap kesakitan tuh x tau nk gambar kan lah hehe 
Adam di saat ibu tgh dlm labour room
Kali ni bukan nak cite pasal Adaa ye..Adaanye kat sini.. cuma bila baca kata2 Pn Wan Su ni mmg Adaa ckp to myself  'ha ah lah, betul sgt' betulll mmg puas hati jom baca:
credit to kak cery

Beliau hanya mula mencuba ketika hamil anak ketiga.. dan sampaila berpantang sambung mkn...Jadi menurut kata beliau.. mmg berbeza jika nak dibandingkan dgn kelahiran yg dulu2... Wahh.. suke benar dia.. daripada YM dgn dia.. dan bile tgk gbr mukenye ... mmg bersih dari jerawat2 ni... dan katanya hasil konsisten minum ESP sepanjang hamil.. anaknya bebas dari kulit sensitif... besttt (teringat saya kulit Faiz time baru lahir dulu..gebu mulus..)...cuba tgk gbr kat bwh gbr baby Wan tu.. cantikkan kulit dia... iiee gerammm...jadi Puan2 rajin2 minum ESP yerr..
 

okey cukup2..sebenarnya panjang YM saya dgn dia.. tapi yg tu takyahlah share kan.. sy sekadar share cerita beliau yg dipetk dari blognya.. mari baca..
____________________________

"...........................bila diingatkan balik saat2 yang aku lalui waktu pantang yang amat mencabar dulu...aduiii mmg terasa ngeri...bersalin anak pertama..jahitan lambat baik...dia punya sakit tu kan...sampai bila org lalu sebelah kite pon terasa ngilu je..sampaikan org tepuk peha kite pon akan rasa sakit ya amat...rasa nak buat penghadang je kat tempat duduk tu..jgn kasik org mai dekat..
anak kedua pun mcm tu...masih ngan problem jahitan...sakit giler...tp kali ni lagi sadis..bila masuk hari ke 30 tu...benang dah reput...tp tempat jahitan masih membengkak...bila jalan macam org baru beranak..owhhh mengingatkan sumer ni..mmg tak bleh jd...aku kena buat sesuatu biar kejadian2 dulu tak berulang..
so bila aku ngandung anak ketiga ni...seawal mengandung aku amek supplement shaklee...bila dah hampir nak bersalin,..aku mencari2..apa yg patut aku consume supaya cepat baik..apa jua saranan kawan2 yg aku rasa elok..aku amalkan..antara petua yg paling aku carik...cemana nak cepat baik luka jahitan episiotomy tuu...haa ni tips macam mana nak luka jahitan cepat baik..haa petua nya rendam luka jahitan tu ngan air garam..lps tu guna hair dryer dan keringkan tempat luka tu...buat laa tiap kali p buang air kecik...pastikan selalu tukar pad biar sentiasa kering..mmg cepat baik lukanya..10 hari je dah baik..tq pd officemate aku lynn yg bagi petua ni..ohhh satu lagi aku sapu tempat luka jahitan tu dengan jeli gamat healin nama dia lukano..mmg superb...punyelah susah nak dpt gel tu..sebab kata stokist..itu barang panas..lariss la tu maksud dia..carik2 punye carik kat beberapa stokis sumer abis..aku guna en google..rupanya ada jual kat klinik kat taman kosas..dekat je ngan umah.tu pon tinggal satu..
dari segi makanan pon sama..pendek kata..apa saja org kata elok aku sanggup buat..dan beli..melabur sikit tak pe...janji aku tak terseksa menanggung sakit waktu pantang..susah wehh..mana nak jaga anak lagi..mana badan kite tak sihat lagi..pendek citer..bersalin kalini..aku syukur sgt sbb badan terasa cergas..sihat dan bertenaga...
syukurlah pada Allah...kerana mengurniakan aku kesihatan yg baik waktu aku berpantang kali ni..apapun kite kena laa usaha...jgn kedekut utk invest $$ untuk makanan kesihatan...sebab health is wealth...suka ngan motto dr nordin darus ni..if you think wellness products are expensive..try illness..tp aku rasa shaklee ni tak la mahal sgt..sekali beli mcm mahal..tp kalo dibahagikan tiap2 bulan tu...tak byk..sebab satu set ni..boleh tahan 4 bulan..
bukan nak iklan..sebab aku bukan penjual supplement ni..sekadar nak berkongsi kebaikan...ni le yg aku dok telan hari2..terselit satu nutrilite amway calcium..sebab ari tu kehabisan ostometrix so aku kirim ngan jiran..apa pon sumer supplement ni..
satu pelaburan yg berbaloii-baloii..ibu dan baby dapat manfaat darinye..
aku amek full set shaklee untuk lepas berpantang.lps tengok testimoni ibu2 lain yg mengujakan...hasilnya ianya juga berkesan utk aku ..lps beranak..muka tak pucat...badan rasa kuat..luka jahitan cepat baik...haa ini lagi satu yg bestt dan penting susu pon byk.....lagi satu..haa ada lagi tu...tetiba je aku rasa kulit aku cantekk..haa cantekk laa pd aku..
.memandangkan dulu kulit aku selalu berjerawat..tp sejak preggy...sampai laa skrg..kulit muka aku sekali pon tak naik jerawat..heran..tp aku rasa sebab protein yg aku amek ni la...kulit baby pon tak sensitif..tak de ruam2...aku rasa sapa yg preggy atau akan melahirkan anak..elok laa amek supplement...brand mana2 pon boleh..tp dah tau supplement hat ni elok..wat apa susah2 nak cuba try n error supplement lain yg belum tentu baik....kans.... more stori here
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ha..best kan..kalo nak tau kene cubalah..Bagi yang ada kekangan budget, Adaa akan cuba suggest within ur budget supaya kita sama2 dapat merasa kebaikan dari vitamin Shaklee ni tapi ingat ye, Allah jua penentu segala..Bagi yang berminat boleh pm Adaa untuk promosi+konsultasi+order+sebarang pertanyaan di 017-9329859/adaanoor@ymail.com

ESP: Payudara tak anjal? Jom tgk tips!

9:51 AM 0 Comments
Ada sesetengah wanita tak nak menyusukan anak sbb kononnye nnt payudara kendur..btol ke? Sebenarnya bukan sebab tu..pemilihan bra, contohnya, mempengaruhi kedudukan cik B jugak..cara kita breastfeed anak, bukan suakan breast pada baby tp bawakan baby pada cik b kita, br lah postur badan kita pon x membongkok dan sakit, n cik b pon xde lah terseksa hihi..pemakan pon penting tau, nak kulit tegang, lawa, cell kene cukup makan, apa makanan cell? Protein laaa..sbb tu kene bnykkan mkn protein ye. br cantik menawan :) 

Ini artikel yang menarik untuk Adaa share tentang Keanjalan payudara ni..jom tgk TIPS!

High Protein


Saya mempunyai kenalan rapat yang berkongsi masalah payudaranya yang tidak kenyal.Maka saya cuma maklumkan biasanya payudara lembik atau tidak anjal disebabkan oleh pemakanan kita serta cara hidup. Badan perlukan protien untuk kekal elastik atau kenyal selain itu senaman memainkan peranan penting agar ia badan kelihatan menarik. Saya mencadangkan beliau menambahkan beberapa hidangan protien dalam menu hariannya. Antara makanan yang tinggi protien ialah ikan, telur, ayam dan daging. Namun masalah yang dihadapi ialah apabila makanan ini digoreng dengan minyak biasa, ia akan disertai dengan kolestrol dan ini menyebabkan kekangan yang besar maka oleh kerana ini merupakan antara sebab mengapa ramai yang memilih supplement dalam melengkapkan mana-mana zat dan nutrien yang kurang dalam badan.

Saya mencadangkan beliau amalkan minum soya protien yang telah saya amalkan selama 11 tahun, alhamdulillah. Selepas seminggu, beliau sms saya bahawa suami beliau sendiri menegur tentang perubahan yang beliau lalui. Syukur alhamdulillah. Gembira hati saya membaca testimoni kawan saya...

." Beb, suami aku kata breast aku anjal lepas seminggu minum ESP ko....best2. aku suka sangat!!!!!"

Rasanya banyak entry sebelum ini juga saya telah kongsikan kebaikan Energizing Soy Protien atau nama pendeknya ESP. Ramai yang dah cuba, dapat merasai perbezaannya provided mendapat konsultasi yang sempurna akan mendapat kesan yang optimum.


Ini antara maklumat tambahan yang bagus untuk bacaan :
Penjagaan payudara 


  • Makan sedikit lemak haiwan. Makan ikan yang berminyak dan tukar kepada minyak zaitun extra virgin bukan lagi minyak goreng standard.
  • Top up diet anda dengan suplemen antioksidan, termasuk vitamin C, E, beta-karoten mineral selenium. Juga makan banyak buah-buahan segar yang kayaantioksidan dan sayur-sayuran, khususnya bawang merah, bawang putih, lobak merah,tomato, brokoli, kubis dan kubis bunga.
  • Makan lebih banyak serat, terutama gandum, rye, millet, beras merah dan kacang-kacangan. Serat membantu untuk menggerakkan makanan melalui usus dan boleh mengurangkan penyerapan semula estrogen.
  • Hadkan alkohol - boleh menyebabkan peningkatan kadar estrogen.
  • Menghadkan pengambilan pada kopi, cola, coklat dan teh pekat.
  • Tingkatkan pengambilan protein anda. Protein diperlukan untuk membina dan menjaga nada otot dan pejal. Protein juga menyediakan Kolagen sangat diperlukan. Di syorkan tiga hingga empat kali sehari pengambilan makanan yang mengandungi protein.
  • Hal lain yang penting untuk mengelakkan 'melorot' atau payudara 'kendur' memakai bra menyokong yang elok, terutama semasa kehamilan dan sukan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Kan betul Adaa bgtahu tadi..banyakkan protein boleh membantu..Adaa dah cuba ESP..mmg sedap nyum2..nnt Adaa sharekan resepi yang boleh dibuat dengan ESP ni supaya lebih yummy! 


Bagi sesiapa yang nak mencuba, jangan ragu2, kalo ragu2 tanye je dulu adaa..free consultation ye..Also, special price untuk sesiapa yang membeli dengan Adaa 
Pm me for detail, contact at 017-9329859 or adaanoor@ymail.com




GLA: Hapuskan jeragat anda!!

8:28 AM 0 Comments
Bagi sesetengah wanita, bila mengandung je mcm2 lah timbul..jerawat lah, ada orang kata topeng muka lah (kesan hitam di muka dan leher), tona kulit makin gelap lah..macam2..lain org lain cerita..salah satu yang selalu dihadapi ialah jeragat..

Sedikit info ttg jeragat extract from here

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Jeragat yang menyerang sekitar bibir.Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

"Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada
kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes.

"Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.

"Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah," katanya. continue read


-----------------------------------------------------------------------------------
Jeragat ni mmg tak berbahaya cuma kurang cantik dipandang mata aje..bagi yang mempunyai masalah jeragat, Adaa syorkan ambil GLA..kenapa? ikuti cerita Kak N

Dulu saya selalu terfikir betapa ramainya orang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk dapatkan kulit yang cantik dengan mencuba segala macam krim yang berada dalam pasaran.

Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.

Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA.

Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya....salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.

Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil. Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.

Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur) kini ia lebih dari itu.


Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Selain GLA, amat disarankan ambil Vitamin A, Vitamin C dan E, Zink serta Selenium untuk membaik pulih kolagen dan pemutihan kulit serta untuk memastikan kulit kekal sihat..ini adalah basic ye, ACE antioksidan yang sangat diperlukan oleh kulit sbb tu kalau yang kulit sensitif mmg disarankan ambil ACE ni..Uniknye shaklee kerana Vitamin E sudah pun beserta selenium..so mudahkan?

Ingin mencuba? Dapatkan harga istimewa dari kami! Hubungi Adaa untuk konsultasi+promosi terkini+pesanan+sebarang pertanyaan di 017-9329859/adaanoor@ymail.com

Sunday, October 2, 2011

Breastfeeding Set: Perlukah??

9:05 PM 0 Comments
Sedikit info untuk dikongsi bersama..

“Saya sudah mengambil longan kering milk booster jadi saya rasa saya tidak memerlukan set Breastfeeding Shaklee” kata seorang ibu.

Tahukah puan-puan apakah set Breastfeeding Shaklee yang kini hangat diperkatakan?
Ia adalah susunan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh seorang wanita, terutama ibu menyusu, kerana kita dapati tidak semua orang sedar akan pertambahan ‘keperluan nutrien’ bagi setiap ibu yang menyusukan anaknya.

Lihat senarai ini:

1. Tenaga (kilokalori)
Wanita Normal : 2000
Wanita Mengandung : + 150 – 350
Wanita Menyusu : + 550

2. Protein (g)
Wanita Normal : 37
Wanita Mengandung : + 13
 • Wanita Menyusu : + 24

3. Kalsium (mg):
Wanita Normal : 450
Wanita Mengandung : + 750
Wanita Menyusu : + 750

4. Ferrum (mg) :
Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28

5. Vitamin A (mcg) :
Wanita Normal/ Mengandung : 750
Wanita Menyusu : + 450

6. Vitamin D (mcg):
Wanita Normal : 2.5
Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5

7. Thiamine (mg) :
Wanita Normal : 0.8
Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2

8. Riboflavin (mg) :
Wanita Normal : 1.2
Wanita Mengandung : + 0.2
Wanita Menyusu : + 0.3

9. Niacin Equivalent:
Wanita Normal : 1.3
Wanita Mengandung : + 2.3
Wanita Menyusu : + 3.6

10. Asid Folik (mcg) :
Wanita Normal : 200
Wanita Mengandung : + 200
Wanita Menyusu : + 100

11. Vitamin B 12 (mcg):
Wanita Normal : 2.0
Wanita Mengandung : + 1.0
Wanita Menyusu : + 0.5

12. Asid Askorbik (mg) :
Wanita Normal : 30
Wanita Mengandung / Menyusu : + 20

Lihat sahaja betapa ibu menyusu memerlukan LEBIH BANYAK dari wanita biasa. ternyata milk booster seperti longan kering tidak dapat membekalkan keperluan tersebut.

Antara nutrisi yang agak kritikal semasa penyusuan ialah protein, kalsium dan kalori. Termasuklah vitamin-vitamin lain seperti vitamin B complex dan sebagainya.

Kebanyakan milk booster membekalkan cuma satu ciri saja dalam keperluan nutrisi, misalnya soya membekalkan protein, longan kering membekalkan kalori, alfalfa membekalkan kalsium, dan sebagainya. Tapi dalam set breastfeeding Shaklee ni lengkap semua.

Pernahkan ibu-ibu dengar bahawa stress boleh memberi kesan kepada susu? Apakah yang menyebabkan stress? Kebanyakan kes stress adalah disebabkan oleh kekurangan nutrient fizikal dan nutrient hati. Nurient fizikal ialah zat yang mencukupi manakala nutrien hati adalah zikrullah dan perkara-perkara yang mendekatkan kita kepada Allah. Jadi, sebagai individu yang bertanggungjawab, apa lagi ibu yang ingin memberikan yang terbaik untuk bayinya, diri ibu juga perlukan zat yang terbaik.

Cukupkah sekiranya hanya mengamalkan pemakanan sihat? Anda sendiri boleh menilainya… Zat makanan boleh hilang dalam proses-proses sebelum sampainya bahan makanan tersebut kepada kita; kemudian hilang lagi semasa proses memasak dan menyimpan, dan tubuh kita sendiri menjadi penghalang kepada penyerapan zat yang tinggal sikit tu akibat pengambilan makanan rapu, kafein berlebihan, stress dan sebagainya. Set breastfeeduiing Shaklee ni membekalkan nutrient dalam bentuk ‘pekat’ jadi tubuh kita akan mendapat semua kebaikannya.

Yang  menariknya, set breastfeeding Shaklee boleh dikongsi bersama-sama suami dan ahli keluarga yang lain (kecuali kanak-kanak).
Kredit : Vitaminsemulajadi

Inilah dia set B tuu
SET B
Bagi ibu2 menyusu diluar sana, yang ingin mencuba, boleh hubungi Adaa untuk konsultasi, pesanan atau sebarang pertanyaan..Jika ade kekangan wang boleh mencuba Euphorial Trial Pack kami untuk 30 hari, InsyaAllah anda tak menyesal :) 017-9329859/adaanoor@ymail.com

Saturday, October 1, 2011

Info: Penyusuan-tips dan panduan ringkas

8:00 AM 0 Comments
Bagi ibu2 atau bakal ibu yang berminat untuk menyusukan bayi anda, ini ada sedikit info ringkas yang boleh dijadikan panduan

Credit : MamaYangCekal
Diolah oleh Along Azrina
Ringkas dan padat. Khas untuk ibu baru yang mahu menyusukan anaknya ataupun ibu-ibu yang masih mencari-cari ilmu penyusuan.

Faedah kolostrum dan susu ibu kepada bayi;

1. lindungi bayi dari jangkitan dan alahan (kaya dgn antibodi)
2. lindungi bayi dari jangkitan (kaya dengan sel darah putih)
3. mencegah jangkitan dan penyakit mata(kaya dengan vit A dan E)
4. kematangan usus dan mencegah alahan(mengandungi faktor pertumbuhan)
5. mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis(susu ibu juga sejenis laksatif)
6. ada protein, lemak dan asik lemak yg tinggi dan mudah dihadam
-asid lemak Omega FA, DHA dan AA (yang ini susu formula selalu nak tiru)
-DHA-perkembangan sistem penglihatan,bayi menyusu juga mengumpul DHA di dlm kortex
-kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu adalah 5.2point lebih tinggi daripada yang tidak
menyusu susu ibu
7. lindungi dari kolik, lelah,penyakit kulit,hidung dan alahan pd makanan
8. kurangkan batuk, jangkitan telinga, bronchitis, pneumonia, meningitis, cirit birit
9. kurang risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti pd kanak-kanak
10. kurangkan risiko sindrom kematian bayi
11. kurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan serta menguatkan pertumbuhan rahang

Cara Menggalakkan Pengeluaran Susu

1. Yakin bahawa kita boleh menyusukan, kena byk bersabar,dptkan sokongan suami, jgn dengar mitos dari orang tua kita
2. Mulakan seawalnya 1 jam selepas bersalin (pada waktu ini baby sgt alert dengan ibunya)
3. Susukan bayi sekerap mungkin untuk mengelakkan jaundis.
4. Ibu perlu makan/minum yg berkhasiat,bykkan minum air masak(jgn dengar kata org tua kata byk minum nanti bawah tu berair, fakta ini SALAH! JANGAN amik jamu lagi effect pada baby sprt cirit-birit)
5. Pastikan latching (lekapan) betul, kalau salah boleh buat nipple kita crack, berdarah ini pun ramai ibu boleh jadi give up, pleasssseeeeeeeeeeeee jangan give up,

Kekerapan Penyusuan

1. Susukan mengikut kemahuan bayi "on demand". Kalau baby asik tidur itu petandan baby jaundis, jaundis buatkan baby suka tidur, tidak aktif. Ingat jaundis yg tinggi boleh effect OTAK.
2. Sentiasa bersama bayi (rooming-in)
3. 2-7 hari pertama - susukan lebih kerap, bayi yang tidur 2-3 jam perlu dikejutkan untuk menyusu
4. Bayi yang sudah biasa(sudah besar) - menyusu 8-12 kali dalam 24jam

Tanda bayi dapat cukup susu

1. Bayi berhenti menghisap sndiri, ada bayi yg tak boleh lepas nipple kita, dia bukan lapar sebenarnya tapi bayi kita rasa selesa bila di dalam dakapan kita ialah masa lam prot iakan rasa terkepung, gelap bila jumpa dunia sebenar penuh dengan cahaya, terang, bising dia rasa terkejut sedikit...belajar untuk sesuaikan diri dengan bayi anda OK.
2. Penyusuan kerap (8-12 kali)
3. dengar bunyi menelan - hisap-telan-hisap
4. Kencing lebih 6kali/hari
5. Kerap buang air besar, itu adalah normal jika baby dpt cukup susu
6. breast penuh sebelum menyusu dan 'ringan' selepas menyusu

Cara penyimpanan

1. Suhu bilik - 4 jam(ini ikut waktu malaysia, kalau barat boleh 8 jam)
2. peti sejuk - tahan hingga 48 jam, walau guideline 72jam akak tak yakin) yg ini dibahagian chiller
3. p/ais 1 pintu - 2 minggu - ini untuk bahagian frozen
4. p/ais 2 pintu - 3 bulan -  untuk bahagian frozen
5. Deep freezer - 6 bulan
* Untuk frozen EBM, ikut tarikh dimasukkan ke dalam bahagian beku. Jika pindahkan daripada P/ais 2 pintu ke Deep Freezer, tempoh EBM tetap 3 bulan bukan menjadi 6 bulan.

Cara nak panaskan

1. letakkan susu frozen di bahagian bawah peti ais semalaman dengan merendam di dalam air
2. bila nak bagi baby minum rendamkan bekas susu di dalam air suam selama 5 minit, BUKAN RENDAM DENGAN AIR MENGGELEGAK yerr sbb boleh merosakkan susu(hanya panaskan kuantiti yang hendak diminum oleh baby sahaja, contohnya kalau bayi minum 2oz..rendam 2oz jer)
3. Jgn PANASKAN di dalam MICROWAVE atau ATAS DAPUR
4. Susu yang telah cair hendaklah dihabiskan dalam masa 1 jam, selepas itu kalau tak habis discard(tidak boleh disimpan semula)

Sharing is Caring~~